Karsten Neitzel Terpaksa ‘Buat Pinjaman’ Daripada Selangor 2 Berdepan Penang FC

Karsten Neitzel Selangor FC Selangor 2 Penang

Selangor FC akan turun berdepan Penang FC dalam aksi minggu ke-16 Liga Super 2021 tanpa khidmat lapan pemain hingga terpaksa meminjam pemain Selangor 2.

Bukan satu tugas mudah buat Karsten Neitzel apabila kehilangan ramai pemain dalam masa yang sama pasukan bergelut dengan prestasi hambar apabila masih gagal mengutip tiga mata dalam empat aksi berturut-turut sejak bulan Mei lalu.

Selepas menang ke atas PJ City 2-1, mereka terikat 2-2 menentang Sri Pahang, diikuti tewas kepada Terengganu FC (2-1), seri dengan KL City FC (1-1) sebelum tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pada pertengahan minggu ini.

Selain itu, mereka juga telah tewas kepada Penang FC dalam pusingan pertama di Stadium MBPJ pada bulan Mac lalu – kekalahan pertama selepas 15 tahun.

Liga Super 2021: Selepas 15 Tahun, Penang FC Kembali Kejutkan Selangor FC

Dalam persaingan liga, mereka berada di tangga ke-5, lima mata di belakang Penang FC yang masih segar dengan kemenangan ke atas UiTM FC baru-baru ini.

Dikhabarkan, setakat ini Selangor bakal turun ke Stadium Bandaraya tanpa lapan pemain dan dalam sidang media selepas kekalahan kepada JDT, pengendali berasal dari Jerman itu mengakui yang beliau akan meminjam pemain Selangor 2.

Siapa lapan pemain itu? Sejak awal musim, Selangor dilanda masalah kecederaan dan kini ia menjadi satu krisis kerana ia semakin melibatkan ramai pemain. Bermula dengan kehilangan kudrat penyerang sensasi, Shahrel Fikri pada awal musim.

Senarai itu bertambah dengan kecederaan panjang Halim Saari, diikuti oleh Safuwan Baharudin, R Dinesh dan tonggak pertahanan import, Tim Heubach. Mereka juga baru kehilangan Brendan Gan yang masih belum tahu sampai bila akan tersisih.

Selain itu, terbaru sebelum berdepan Penang FC, Selangor akan kehilangan khidmat tiga lagi pemain iaitu Jordan Ayimbila, Ashmawi Yakin dan Aliff Haiqal.

Dalam senarai itu, empat pemain merupakan antara 10 pemain The Red Giants yang mengutip minit permainan tertinggi  iaitu Jordan Ayimbila (1112 minit), Brendan Gan (987 minit), Safuwan Baharudin (936 minit) dan Aliff Haiqal (753 minit).

Menurut Karsten Neitzel, “Kami harus buat proses pemulihan dan cergas dengan segera. Dan saya akan meminjam beberapa pemain daripada Selangor 2.”

“Tentunya kami perlukan tiga mata dan prestasi kami masih baik. Tetapi kami perlu memperbaiki segala kekurangan yang ada yang boleh memberi kesan.

“Kami juga kehilangan beberapa pemain dan untuk aksi selepas ini [berdepan Penang FC] kami akan hilang lebih ramai pemain. Untuk kami, ini adalah saat sukar tetapi kami anggapnya sebagai cabaran,” jelas Karsten Neitzel lanjut mengenainya.

Penang FC Uji Formasi Taktikal Baharu Untuk Pusingan Kedua Liga Super?

Selepas tewas dua kali dengan jaringan yang agak besar sebelum liga berehat pada Mei lalu, Penang FC tampil dengan gaya permainan dan formasi taktikal baharu ketika perlawanan pertama mereka berdepan UiTM FC pada pertengahan minggu ini.

Ia mungkin ramuan baharu untuk mereka berdepan pusingan kedua Liga Super dan walaupun gagal menghasilkan jaringan yang banyak berdepan UiTM FC – menang 1-0, ia sekurang-kurangnya telah memberi perspektif yang berbeza buat mereka.

Lawan tidak mudah lagi untuk membaca corak permainan mereka apabila memiliki dua pendekatan permainan yang berbeza walaupun gaya permainan sebelum ini membantu mereka merekodkan enam kemenangan dalam 13 aperlawanan.

Jika Penang FC menang, mereka bakal memintas Kedah Darul Aman FC yang tidak akan beraksi sehingga pertengahan Ogos depan, namun jika Selangor yang meraih tiga mata, mereka bakal mendekatkan jurang mata dengan Penang FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN