Saingan Premier League telah menjadi medan permainan untuk beberapa pemain bertaraf legenda dalam dunia bola sepak modern.
Para peminat sejak bertahun-tahun sebelum ini telah dihiburkan oleh para pemain tersebut dengan aksi hebat yang mereka persembahkan di atas padang.
Contoh seperti Alan Shearer ketika beraksi bersama Blackburn Rovers pada musim 1994/95, atau Didier Drogba bersama Chelsea atau Yaya Toure bersama Man City, para peminat disajikan dengan persembahan individu yang cukup hebat dari pemain-pemain ini.
So many unbelievable finishes 🤯
The #PL's all-time 🔝 scorer @alanshearer signed for @Rovers #OnThisDay in 1992 🏆 pic.twitter.com/dEm2ZfaDuf
— Premier League (@premierleague) July 27, 2021
Mereka semua boleh dianggap sebagai legenda dalam saingan Premier League atas persembahan yang pernah mereka persembahkan dalam kancah saingan bola sepak Inggeris.
Walaupun sukan bola sepak merupakan sukan yang dimainkan secara berkumpulan, namun aksi individu yang menakjubkan juga memainkan peranan yang cukup penting.
Persembahan baik seseorang pemain dalam satu kempen itu boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada rakan sepasukannya yang lain untuk turut memberikan yang terbaik.
CHELSEA REWIND: On this day in 2014 Chelsea re-signed Didier Drogba. ✍️
Having already left as a legend in 2012 Didier returned for one more season. He went on to pick up his fourth Premier League title and third League Cup. #Legend 🏆🏆 pic.twitter.com/f3TqsgMK4m
— Chris Wright 🏴 (@chriswrightzz) July 25, 2021
Hari ini mari kita senaraikan lima pemain yang pernah mengharungi musim terhebat masing-masing ketika beraksi dalam saingan Premier League.
5) Robin van Persie | Manchester United, 2012-13
‘The Flying Dutchman merupakan antara penandatanganan terbaik United ketika ditandatangani pada tahun 2012 dari Arsenal.
Beliau ketika beraksi bersama Gunners telah menjadi salah seorang penyerang paling prolifik dalam saingan Premier League.
Robin Van Persie dengan segera menjadi pemain pujaan di Old Trafford dan telah memainkan peranan penting ketika membantu Manchester United menjuarai saingan Premier League pada musim 2012/13.
An inch-perfect pass, sublime control and a deadly finish 👌
🍽️ Three key ingredients to this @Persie_Official classic! #MUFC #GoalOfTheDay pic.twitter.com/rjc09erWrq
— Manchester United (@ManUtd) July 25, 2021
Legenda yang kini berusia 37 tahun itu telah terlibat dalam 45 gol dengan beliau menjaringkan 30 gol dan mencatatkan 15 assists untuk Red Devils pada musim tersebut.
Ia termasuklah dengan 26 gol dan 15 assists yang beliau catatkan dalam aksi saingan Premier League pada musim yang sama.
Sumbangan beliau telah membantu legenda terhebat sepanjang zaman, Sir Alex Ferguson untuk menjulang gelaran liga ke-20 beliau, sebelum mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak.
🔴💰 12/13 – O último ano da era Sir Alex Ferguson
Após perder a Premier League anterior no saldo de gols, o United contratou o melhor atacante da liga, Robin Van Persie (29), por €30.70m. pic.twitter.com/SJHHSxYuBg
— Fergie Time Brasil (@MUFCuriosidades) July 23, 2021
Robin Van Persie berjaya memenangi anugerah kasut emas kedua beliau secara berturut-turut ketika itu, seterusnya menulis namanya sendiri sebagai salah seorang pemain paling berjaya dalam sejarah Manchester United.
4) Mohamed Salah | Liverpool, 2017-18
‘The Egyptian King’ merupakan pemain paling berprestasi dalam saingan Premier League sejak beberapa musim terakhir ini.
Sama seperti Van Persie, Mohamed Salah tidak memerlukan masa yang lama untuk memberikan impaknya dalam saingan bola sepak di liga Perdana Inggeris ini.
Beliau melakukan debut bersama Liverpool pada musim 2017/18, selepas sebelum itu beliau mengharungi karier yang hambar ketika beraksi bersama Chelsea dalam saingan Premier League.
Most Premier League goals over the last three seasons:
63 🇪🇬 #mosalah,
58 🏴 Harry Kane,
56 🏴 Jamie Vardy,
54 🇬🇦 P-E Aubameyang,
51 🇸🇳 #sadiomane
#LFC #YNWA #LiverpoolFC #lfctv #lfcworld #YNWAFans #NeverGiveUp #Anfield #Transfers #PremierLeague #Liverpool #salah #mane pic.twitter.com/3Qa4Qe0mXo— YNWA Fans – Liverpool Football Club (@ynwafanscom) July 26, 2021
Bintang Mesir itu membuat kemunculan semula dalam saingan liga Perdana Inggeris dengan penuh bergaya dan ia merupakan musim terbaik beliau secara individu.
Pada musim tersebut, Mo Salah berjaya menjaringkan 32 gol dalam aksi saingan Premier League, dan hanya satu gol sahaja yang dihasilkan menerusi sepakan penalti.
Apa yang menariknya, rekod tersebut merupakan rekod terbaik selepas 38 perlawanan yang dilakukan oleh kesemua pemain yang pernah beraksi dalam saingan Premier League.
2017/18 | 3⃣2⃣
2018/19 | 2⃣2⃣
2019/20 | 1⃣9⃣
2020/21 | 2⃣0⃣*⃣@MoSalah is the first player in our history to score 20+ in three @premierleague seasons 👏⚽️ pic.twitter.com/GkvZUCW0pi— Liverpool FC (@LFC) April 24, 2021
Beliau bahkan hanya kekurangan dua gol sahaja untuk menyamai rekod Andrew Cole dan Alan Shearer yang menjaringkan 34 gol dari 42 penampilan dalam satu musim di Premier League.
Salah ketika itu berjaya memenangi anugerah PFA Player Of The Year, seterusnya memulakan dominasi trio serangan Liverpool bersama Mane dan Firmino dalam dunia bola sepak Eropah.
Daripada 52 penampilan dalam semua pertandingan pada musim 2017/18, Salah berjaya menghasilkan 44 gol dan turut mencatatkan 14 assists.
Bintang berusia 29 tahun itu menjadi pemain kedua dalam sejarah Liverpool yang berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam satu musim, dengan hanya tiga gol sahaja dipisahkan dari Ian Rush yang menjaringkan 47 gol dalam satu musim pada kempen 1983/84.
Qual temporada de Premier League foi individualmente mais marcante?
2013-14 com Luis Suárez ou 2017-18 com Mo Salah? pic.twitter.com/4hi3vE1FqD
— Liverpool Fans Brasil 🇧🇷 (@LiverpoolFansBr) July 28, 2021
3) Cristiano Ronaldo | Manchester United, 2007-08
Cristiano Ronaldo benar-benar mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang pemain terhebat dalam generasinya, selepas mengharungi musim yang mengagumkan pada kempen 2007/08.
Sepanjang musim yang sungguh menakjubkan itu, bintang handalan Portugal itu dianggap sebagai salah seorang prospek masa hadapan dalam dunia bola sepak
No player has dominated the Premier League like Cristiano Ronaldo 🐐 pic.twitter.com/7XSofF2FsO
— fan (@NoodleHairCR7) July 27, 2021
Cristiano Ronaldo membuktikan yang beliau harus diberi tumpuan selepas terlibat dalam 50 gol dengan menjaringkan 42 gol dan mencatatkan 8 assists dari 49 penampilan untuk Manchester United.
Dengan rekod 31 gol yang beliau jaringkan dalam saingan Premier League ketika itu, Ronaldo secara puratanya telah berjaya menjaringkan satu gol dalam setiap 88.6 minit.
In 2007/08 the trio of Tevez ,Rooney and Ronaldo scored 71.8% of Manchester United’s goals that season.
Some trios can not be forgotten ❤️ pic.twitter.com/hKW269AQmz
— 🔴 (@EthanUtd7) July 24, 2021
Di usia 22 tahun pada ketika itu, bintang Portugal itu telah membentuk salah satu gandingan trio terhebat dalam sejarah Premier League disamping Wayne Rooney dan Carlos Tevez.
Pada musim 2007/08, beliau berjaya membantu United memenangi gelaran Premier League dan juga Champions League.
Pemenang lima kali gelaran Ballon d’or itu turut menjadi pemain kedua termuda yang berjaya menjaringkan lebih dari 30 gol satu musim dalam saingan Premier League.
Cristiano Ronaldo berjaya memenangi anugerah Ballon D’or pertama beliau pada penghujung tahun tersebut, seterusnya memulakan perjalanan beliau sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.
2) Thierry Henry | Arsenal, 2002-03
Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal itu berada di tahap kemuncak prestasinya pada musim 2002/03 dan mengekalkan persembahan sama pada musim berikutnya ketika membantu Gunners memenangi gelaran ‘Invincible’.
In 2006, Thierry Henry won the Premier League golden boot for the fourth in 5 years. On the one occasion that he missed out, he set the assist record, which still stands to this day. Greatness. pic.twitter.com/9qnGbXwXwu
— Shafiq Amir (@shafiqamir_14) July 24, 2021
Thierry Henry berjaya menjaringkan 30 gol dan mencatatkan 6 assists ketika membantu Arsenal mencipta sejarah pada 2003/04 memenangi gelaran Premier League dengan tidak terkalahkan.
Namun begitu, musim terbaik beliau sepanjang kariernya di England adalah pada satu musim sebelum itu, iaitu pada kempen 2002/03.
Dari 37 penampilan dalam saingan Premier League pada ketika itu, Henry telah terlibat dalam 44 jaringan (24 gol dan 20 assists) untuk Arsenal.
Legenda Perancis itu telah mencipta rekod baru sebagai pemain yang paling banyak mencatatkan assists dalam satu musim pada penghujung kempen 2002/03.
Rekod tersebut akhirnya berjaya disamai oleh Kevin de Bruyne pada musim 2019/20 dengan ia bertahan dalam tempoh yang cukup lama.
Most Assists in a Premier League season:
2️⃣0️⃣ 🇫🇷 Thierry Henry (02/03)
2️⃣0️⃣ 🇧🇪 Kevin De Bruyne (19/20)
1️⃣9️⃣ 🇩🇪 Mesut Özil (15/16)
1️⃣8️⃣ 🇧🇪 Kevin De Bruyne (16/17)
1️⃣8️⃣ 🇪🇸 Cesc Fabregas (14/15)
1️⃣8️⃣ 🏴 Frank Lampard (04/05)| #AFC | #MCFC | #CFC | 📊 pic.twitter.com/9YszcdTlN5
— Stats Per 90 (@StatsPer90) July 24, 2021
Legenda Arsenal yang memakai jersi bernombor 14 itu masih memegang rekod sebagai pemain paling banyak terlibat dengan gol dari 38 perlawanan dalam saingan Premier League.
Beliau sememangnya antara legenda terhebat sepanjang zaman dalam saingan Premier League dengan memenangi empat kali anugerah kasut emas dari lima musim antara 2001/02 hingga 2005/06.
1) Luis Suarez | Liverpool, 2013-14
Bahkan walau terlepas lima perlawanan awal pada musim 2013/14 kerana menjalani hukuman penggantungan, Luis Suarez hampir saja memimpin Liverpool untuk memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 24 tahun pada ketika itu.
Luis Suarez's 2013-14 Season in The Premier League was MENTAL. 🤯🔥
Prime Luis Suarez was Arguably The Best Striker in The World. 🔥 pic.twitter.com/NVKKDdFwhf
— AZR (@AzrOrganization) July 26, 2021
Beliau ketika itu terpaksa berdepan hukuman penggantungan sebanyak 10 perlawanan kerana menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic pada musim sebelumnya.
‘El Pistolero’ tampil pada musim 2013/14 dengan membuat 33 penampilan dalam saingan Premier League ketika itu.
Beliau berjaya mempamerkan aksi dan persembahan yang sungguh menakjubkan pada musim tersebut, dengan menjaringkan 31 gol dan mencatatkan 12 assists.
In case you'd forgotten, here's a reminder of just how good Luis Suarez was for Liverpool in 2013/14… 🔥#LFC pic.twitter.com/QjjmEBImO2
— BettingOdds (@BettingOddsUK) July 25, 2021
Pemain kebangsaan Uruguay itu menjadi pemain kedua yang paling banyak menyumbang jaringan iaitu menjaringkan 43 gol dari 38 penampilan dalam saingan Premier League.
Beliau memainkan peranan cukup penting dalam membantu Liverpool mencabar kejuaraan liga pada musim tersebut.
Suarez secara puratanya menyumbang satu gol dari setiap 69 minit dalam saingan liga ketika itu, namun beliau gagal membantu Liverpool memenangi liga selepas ketinggalan dua mata dibelakang Manchester City.
Luis Suarez was magnificent in the 2013/2014 English Premier League season. Absolutely ragdolled Manchester City in this game 😤😤
— Birdiefootball (@birdiefootball) July 26, 2021
Suarez pada ketika itu juga turut berjaya memenangi anugerah kasut emas pertamanya dalam saingan Premier League.
Suarez tidak dinafikan merupakan antara pemain paling berprestasi ketika karier beliau di Anfield dan akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah beraksi dalam saingan Premier League.
Sumber: SK