Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United telah menyambung kontrak pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer sehingga 2024, dengan pilhan sambungan satu tahun lagi.
Bagaimanapun penyambungan kontrak Solskjaer itu sedikit terencat selepas pasukannya tewas 4-2 kepada kelab Liga Kejuaraan, Queen Park Rangers dalam perlawanan persahabatan, lalu menjurus kepada reaksi yang pelbagai oleh penyokong United.
FT: QPR 4-2 Manchester United
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) July 24, 2021
Solskjaer yang juga bekas penyerang di kelab tersebut pada awalnya cuma menggantikan tempat Jose Mourinho sebagai pengurus interim pada Disember 2018, tetapi terus diberikan lantikan tetap selepas mencatat 14 kemenangan dari 19 perlawanan.
Beliau kemudian telah diberikan kontrak selama tiga tahun pada 2019 yang sepatutnya tamat pada penghujung musim 2021/22 ini.
Musim penuh pertamanya Solskjaer telah membimbang United menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan musim lepas merupakan pencapaian terbaiknya dengan menamatkan saingan liga di tangga kedua di belakang musuh setempat Manchester City.
Kelab itu juga muncul naib juara Liga Europa (UEL) selepas ditumpaskan Villareal menerusi sepakan penalti.
Semua pencapaian itu sudah cukup meyakinkan pihak pengurusan bahawa Solskjaer merupakan individu paling sesuai untuk membawa United kembali mencapai kegemilangan di Eropah.
Beliau juga sudah cukup ‘masak’ dengan tradisi dan budaya pasukan ini kerana meluangkan 11 tahun sebagai pemain di Old Trafford.
“Semua orang tahu perasaan saya untuk kelab ini, dan saya amat berbesar hati untuk menandatangani kontrak baharu ini,” ujar jurulatih warga Norway itu.
Since Ole Gunnar Solskjær's first game as Man United manager, only Man City (221) and Liverpool (217) have picked up more PL points than United's 180 🔴 pic.twitter.com/Ulqmk3kZfJ
— ESPN UK (@ESPNUK) July 24, 2021
“Ini adalah detik yang amat menarik untuk Manchester United, kami telah membina skuad ini dengan kekuatan dan keseimbangan di antara pemain muda dan berpengalaman, mereka semua amat dahagakan kejayaan.
“Saya juga mempunyai barisan kejurulatihan yang hebat di sekeliling saya, dan kami sudah bersedia untuk langkah seterusnya. United mahu memenangi trofi terbaik dan itulah yang kita semua idam-idamkan.
“Jelas kami semakin meningkat dari masa ke semasa, sama ada di dalam dan di luar padang, dan ianya akan berterusan untuk musim-musim yang akan datang.
“Saya tidak sabar untuk menyaksikan Old Trafford kembali penuh dengan penyokong apabila musim baharu bermula tak lama lagi.
Bercakap mengenai keputusan kelab menyambung kontrak Solskjaer, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward berkata pihaknya melihat pengurus dan jurulatih telah bekerja keras dalam membentuk perancangan jangka masa panjang.
𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒆𝒆𝒏 𝒚𝒆𝒂𝒓𝒔 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒖𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈
Ole Gunnar Solskjaer has Manchester United DNA 🧬 pic.twitter.com/UERLVZZBAK
— GOAL (@goal) July 24, 2021
“Kita boleh lihat keputusan dan perkembangan pasukan dalam tempoh dua musim kebelakangan ini dan kita akan lihat bagaimana pula hasil skuad ini pada masa akan datang,” ujar Woodward.
“Terutamanya kita boleh lihat peningkatan dan perkembangan yang cukup menarik terhadap ramuan pemain muda, bakat tempatan dan rekrut berkelas dunia bermain dengan corak permainan tradisi Manchester United.
“Kami sangat yakin, di bawah kendalian Ole, kami sedang menuju ke arah yang tepat.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
10 Kelab Eropah Berbelanja Paling Besar Tatkala Dunia Dilanda Pandemik
Marcelo Bielsa Dianggap Terlalu Bagus Untuk Mengurus Leeds United
Tak Dapat Nombor 7, Sancho Pilih ’25’ Kerana Ikut Teori Ivan Zamorano?