Cristiano Ronaldo tidak berniat memperlekehkan minuman berkarbonat jenama Coca-Cola kerana perkaitannya yang dikatakan penyokong rejim Zionis di beberapa negara.
Portugal akan memulakan kempen mereka di kejohanan Euro 2020 di dalam Kumpulan F pada tengah malam ini menentang Hungary. Dianggap sebagai kumpulan maut, turut bersama Portugal di dalam Kumpulan F ialah Jerman, Perancis dan tuan rumah, Hungary.
Ketua pasukan Portugal yang akan menjadi pemain pertama beraksi di lima kejohanan Euro telah hadir untuk sidang media bersama pengurus Portugal, Fernando Santos.
Pemain veteran berusia 36 tahun itu tampak tidak berpuas hati dan terganggu dengan kehadiran dua botol selepas duduk dimeja sidang media dengan muka yang ketat.
Coca-Cola sokong Israel?
Sebelum duduk lagi Ronaldo telah merenung dua botol Coca-Cola di ruangan sidang media seperti tidak puas hati. Kapten Portugal itu kemudiannya mengalihkan dua botol Coca-Cola dihadapannya itu, dan digantikan dengan botol air mineral yang dibawanya.
Disebabkan itu ada yang bertanggapan Ronaldo sengaja berbuat demikian sebagai bantahan syarikat Coca-Cola terhadap rejim Zionis dan Israel.
#Ronaldo
Tüm Avrupa sana kurban olsun.
Coca Cola içmeyin icirmeyin!
zehirdir,
hem yahudi malıdır.— Narin (@SdcNarin) June 15, 2021
Ianya bukan perkara baharu jenama Coca-Cola dikaitkan dengan rejim Zionis. Di Malaysia sendiri, pihak pengurusan syarikat Coca-Cola Malaysia menyelar kempen boikot terhadap produknya susulan dakwaan syarikat minuman itu menyokong Israel dalam isu konflik di timur tengah itu.
Hakikat sebenarnya Coca-Cola telah beroperasi di lebih 200 negara dan wilayah di seluruh negara dengan masing-masing mengamalkan sistem politik dan agama yang berbeza, begitu juga dengan sejarah mereka.
Mungkin akhi ronaldo tau, kalo coca cola buatan yahudi~~~
— gii (@gianakmal) June 15, 2021
Cristiano Ronaldo pula bukan watak asing dalam mendukung Palestin. Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu pernah menunjukkan sokongannya terhadap penduduk Palestin apabila dilaporkan menyumbangkan AS$1.5 juta (RM6.2 juta) menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan pada Mei tahun lalu.
Sumbangan itu dikatakan sebagai tanda prihatin Ronaldo terhadap kesengsaraan penduduk di Gaza yang terus dibedil Israel biarpun di bulan Ramadan pada ketika itu.
Cristiano Ronaldo Sumbangkan Rp21 Miliar Bantu Masyarakat Palestina https://t.co/X6vTz6102y pic.twitter.com/ZPEANG3dvB
— Nawacita Post (@NawacitaP) May 23, 2019
Ia bukan pertama kali Ronaldo menunjukkan keprihatinannya kepada penduduk Palestin. Ronaldo sebelum ini trofi kasut emas yang dimenanginya pada tahun 2012 dan menyumbangkannya untuk pembinaan beberapa buah sekolah di Gaza.
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu juga pernah menolak untuk menukar baju dengan pemain Israel selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Portugal dan Israel pada tahun 2013.
Ronaldo juga pernah bertemu dengan seorang peminat ciliknya yang terselamat daripada serangan Israel dan menyerahkan kemeja-T istimewa kepadanya.
Punca sebenar benci Coca-Cola
Jadi apa sebab sebenar Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola di hadapannya? Sambil mengangkat botol air mineral, Ronaldo telah berkata: “Minumlah air kosong!”
Sebelum ini Ronaldo telah mendedahkan betapa beliau tidak sukakan anaknya meminum minuman bergas dan makanan ringan.
Anaknya bercita-cita menjadi pemain bola sepak yang hebat namun tabiat pemakanan itu telah merisaukan Ronaldo.
https://twitter.com/FutbolBible/status/1404522910107291650
“Dia ada potensi. Kita akan lihat jika anak saya akan menjadi pemain bola sepak handalan atau tidak.”
“Kadang kala dia minum Coke dan makan kerepek dan itu sangat menjengkelkan saya dan dia tahu perkara ini.
Cristiano Ronaldo seperti risaukan tabiat pemakanan anaknya itu dan juga tidak lagi bersedia mengikuti rutin untuk menjadi seoarang ahli sukan yang penuh berdisiplin.
“Kadang-kadang saya memberitahu anak aku supaya berendam dalam air sejuk untuk proses pemulihan selepas berlari di treadmill dan dia kata ‘Sejuk sangat la abah’.”
“Okay la kot, dia baru berusia 10 tahun.”
Selain daripada kerana anaknya, kita semua juga tahu Ronaldo mempunyai rejim pemakanan dan diet yang amat ketat sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Coca-Cola pula adalah minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai untuk seorang pemain bola sepak. Maka tidak hairanlah beliau bereaksi begitu apabila dihidangkan Coca-Cola.
Baca artikel menarik lain mengenai Cristiano Ronaldo melalui pautan:
Mampukah Ronaldo Beradaptasi Dengan Deretan Bintang Muda Portugal?
Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?