Kenali 10 Penyerang Paling Berbisa Euro Sepanjang Zaman

Selepas ditangguhkan selama setahun, akhirnya kejohanan bola sepak antara negara paling besar di eropah, Euro 2020 bermula pada awal pagi tadi.

Dirasmikan di Stadium Olimpico, Rom yang menjadi salah sebuah venue di seluruh eropah sebagai penganjur bersama kali ini, Itali memulakan kempen dengan cemerlang menumpaskan Turki 3-0.

Kejohanan Euro semenangnya terkenal sebagai kejohanan yang pernah melahirkan ramai penyerang-penyerang handalan dunia. Berikut kami senaraikan 10 penyerang paling berbisa pernah beraksi di kejohanan ini.

1. Cristiano Ronaldo (Portugal – 9 gol)

Cristiano Ronaldo
(Photo by David Lidstrom/Getty Images)

Cristiano Ronaldo merupakan penjaring gol terbanyak Euro sepanjang zaman dengan 9 gol dan berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan legenda Perancis, Michel Platini. Bagaimanapun, Ronaldo masih aktif bermain dan berpeluang untuk menambah lagi jaringan pada Euro 2020.

Pada Euro edisi 2016, Cristiano Ronaldo telah mencipta rekod sebagai pemain pertama menjaringkan gol di empat edisi Euro yang berlainan, Melakukan penampilan pertama dan menjaringkan gol di Euro 2004 sebagai pemain muda berbakat besar, Ronaldo terus menyerlah selepas itu di Euro 2008, Euro 2012 dan Euro 2016.

Ronaldo mampu melebarkan rekod kepada lima edisi Euro berlainan jika terus meledak di EURO 2020. Agak sukar membayangkan Ronaldo menamatkan kempen kali ini tanpa sebarang gol.

Ronaldo menjaringkan gol pertama di Euro pada 2004 ketika tewas 1-2 kepada Greece dalam perlawanan peringkat kumpulan dan menjaringkan satu lagi gol di separuh akhir menentang Belanda.

Empat tahun kemudian Ronaldo sekali lagi meledak tetapi hanya satu gol sahaja pada Euro 2008. Sementara itu pada Euro 2012 Ronaldo menjaringkan 3 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bersama Mario Gomez dan Mario Mandzukic.

Pada EURO 2016 tiga lagi gol telah dijaringkan oleh Ronaldo dan mencipta sejarah membawa Portugal memenangi kejuaraan tersebut buat kali pertama.

2. Michel Platini (Perancis – 9 gol)

Michel Platini of France appeals for a corner (Photo by Peter Robinson/EMPICS via Getty Images)

Michel Platini merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EURO sebelum dikejar oleh Cristiano Ronaldo pada EURO 2016 dan kini kedua-duanya berkongsi rekod degan sembilan gol.

Pada tahun 1982, Michel Platini telah meninggalakn Saint-Etienne untuk mengejar cita-cita seorang pemain bola sepak dengan menyertai kelab gergasi Itali, Juventus.

Di situlah segalanya bermula buat Michel Platini mencipta nama sebagai antara penyerang tersohor di benua eropah dengan meledak gol demi gol dan menamatkan musim di Serie A selaku penjaring terbanyak dua kali dan menang Balllon’Or.

Prestasi cemerlang Michel Platini di peringkat kelab berterusan kejohanan Euro 1984 dan dalam satu kejohanan itu sahaja Platini telah menjaringkan 9 gol.

Kesemua sembilan gol Platini itu telah dijaringkan dalam lima perlawanan sahaja dan nama Platini terpahat sebagai penjaring terbanyak Euro selama 32 tahun sebelum ianya disamai oleh Ronaldo.

3. Alan Shearer (England – 7 gol)

(Photo by Lutz Bongarts/Bongarts/Getty Images)

Alan Shearer adalah penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Premier League telah menjaringkan 7 gol dalam 9 perlawanan di semua edisi kejohanan Euro yang pernah beliau sertai.

Kejohanan Euro 1992 merupakan kejohanan edisi pertama buat pertama Shearer beraksi di kejoahanan Eropah.  Beliau hanya bermain satu perlawanan sahaja pada ketika itu dan sekadar bergelar pemain simpanan pada baki perlawanan yang lain.

Pada Euro 1996, Alan Shearer menjadi tunjang kekuatan serangan England, dan telah menjadi pemenang kasut emas setelah menjaringkan 5 gol dalam lima perlawanan dan membawa negaranya mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman.

Shearer telah melengkapkan go ke-7 beliau melalui kejohanan Euro 2000.

4. Antoine Griezmann (Perancis -6 gol)

Antoine Griezmann merupakan calon tebaik untuk memintas rekod yang dipegang Michel Platini dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman suatu hari nanti.

Bintang Barcelona itu setakat ini telah menghasilkan 6 gol dalam 7 perlawanan.

Faktor usia dilihat memihak kepada Griezmann yang masih mampu untuk bermain sekurang-kurangnya satu lagi edisi kejohanan ini iaitu Euro 2024.

Sehingga kini  pemain kelahiran Sepanyol yang memilih beraksi untuk Perancis ini telah meledak 37 gol untuk skuad senior The Blues.

Antoine Griezmann juga merupakan pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.

5. Thierry Henry (Perancis – 6 gol)

Thierry Henry merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis yang telah menjaringkan 51 gol sepanjang karier antarabangsa dalam 123 perlawanan.

Di kejohanan Euro, Thierry Henry telah melakukan 11 penampilan bersama Perancis dan telah menjaringkan enam berkongsi tangga keempat bersama beberapa orang pemain lain.

Henry telah bermain di tiga edisi Euro dan telah menjaringkan 3 gol di Euro 2000 di mana Perancis muncul juara, 2 gol di Euro 2004 dan satu gol di Euro 2008.

6. Zlatan Ibrahimovic (Sweden – 6 gol)

Sweden

Seperti Henry, Zlatan Ibrahimovic merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya Sweden dan setakat ini telah menjaringkan 62 gol dalam 118 perlawanan.

Zlatan Ibrahimovic masih belum bersara dan hampir saja menyertai skuad Sweden untuk Euro 2020 namun terpaksa disisihkan kerana kecederaan.

Zlatan Ibrahimovic telah beraksi di empat edisi Euro pada tahun 2004, 2008, 2012 dan 2016 dengan 13 penampilan dan 6 gol dihasilkan kecuali di Euro 2016.

7. Patrick Kluivert (Belanda – 6 gol)

Patrick Kluivert merupakan pemain penyerang Belanda yang tenang, membuat debut bersama Belanda pada 16 November 1994 dan mendapat tempat untuk bermain di Euro 1996 di mana beliau menjaringkan satu gol.

Aksi terbaik Kluivert di kejohanan ini ialah pada Euro 2000 apabila produk akademi Ajax ini menjaringkan lima gol dalam edisi itu sekaligus menjadi penjaring terbanyak kejohanan bersama pemain Yugoslavia Savo Milosevic.

Patrick Kluivert menjaringkan empat gol ketika menentang Yugoslavia di suku akhir untuk mencatat kemenangan 6-1. Namun Kluivert telah mengaku bahawa beliau tidak menyentuh bola hantaran silang Paul Bosvelt.

Jaringan itu kemudiannya dianggap sebagai gol sendiri oleh Dejan Govedarica dan Kluivert hanya mencatat hatrik.  Ini bermakna Kluivert gagal untuk menjadi pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan. Jujur sungguh pemain ini.

Untuk Euro 2004, Kluivert berada bersama skuad Belanda namun hanya memanaskan bangku simpanan sahaja walaupun mara sehingga separuh akhir.

Kluivert merupakan bekas penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Belanda dengan 40 gol sebelum angka itu dipintas oleh Robin Van Persie pada 2013.

8. Nuno Gomes (Portugal – 6 gol)

Nuno Gomes dilihat sebagai penyambung legasi penyerang Portugal selepas Pauleta bersara dan telah bermain 79 perlawanan untuk skuad senior Portugal dengan 29 gol.

Nuno Gomes telah menjaringkan empat gol pada Euro 2000 sebelum tewas kepada Perancis di separuh akhir dan satu gol di Euro 2004m tewas dengan sedihnya kepada Greece di final.

Euro 2008 merupakan edisi terakhir Nuno Gomes bersama Portugal dan menjaringkan satu gol. Nuno Gomes membuat 14 penampilan di tiga kejohanan Euro dengan 5 gol dihasilkan.

9. Wayne Rooney (England – 6 gol)

Wayne Rooney yang kini sudah bersara merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England. Beliau telah menjaringkan 53 gol dalam 120 perlawanan.

Kejohanan pertama Rooney di Euro adalah pada tahun 2004 ketika hampir berusia 18 tahun dan Rooney telah meledak empat gol dalam empat perlawanan.

Wayne Rooney telah menjaringkan dua gol ketika menentang Switzerland sekaligus menjadi penjaring termuda dalam sejarah Euro dan meledak lagi dua gol ketika menentang Croatia dalam kejohanan edisi 2004 itu.

Namun rekod penjaring termuda itu hanya sempat dipegang selama empat hari oleh Rooney sebelum Johan Vonlanthen menjaringkan gol ketika menentang Perancis dan rekod itu kekal sehingga hari ini.

England gagal layak ke Euro 2008 selepas tewas 2-0 kepada Croatia di Wembley di pusingan kelayakan dan England kembali semula di Euro 2012.

Di Euro 2012 dan 2016, Rooney telah menjaringkan satu gol di setiap edisi dan secara keseluruhannya telah menjaringkan 6 gol dalam 14 perlawanan Euro.

10. Ruud Van Nistelrooy (Belanda – 6 gol)

Penyerang paling prolifik yang pernah wujud dalam dunia bola sepak, Ruud Van Nistelrooy telah menjaringkan 6 gol dalam 8 penampilan di Euro bersama Belanda.

Ruud van Nistelrooy membuat debut bersama Belanda pada 8 November 1998, namun kecederaan ACL bukan sahaja menjejaskan perpindahan ke Manchester United malah terlepas Euro 2000.

Agak malang buat Ruud van Nistelrooy yang terpaksa menunggu lama untuk kejohanan utama bersama Belanda apabila the Orange gagal layak ke Piala Dunia 2002.

Euro 2004 barulah Ruud van Nistelrooy merasai kejohanan besar pertamanya bersama Belanda. Nistelrooy menjaringkan empat gol dan membawa Belanda mara sehingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada Portugal.

Euro 2008 merupakan kali terakhir Nistelrooy membuat penampilan di kejohanan paling agung Eropah itu dengan menjaringkan dua gol.

Ruud van Nistelrooy telah membuat 70 penampilan bersama Belanda dan telah menjaringkan 35 gol.

Rumusan

Berdasarkan senarai di atas, Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann masih berkesempatan untuk mencatat rekod peribadi muncul selaku penjaring terbaik sepanjang zaman bagi benua eropah.

Berapakah jaringan yang mampu dihasilkan oleh kedua-dua pemain di kejohanan kali ini?

 

Baca artikel-artikel menarik lain mengenai kejohanan Euro:

5 Pemain Muda Berpotensi Besar Untuk Diikuti Sepanjang Euro 2020

Belanda Bawa Van Dijk Ke Euro 2020, Apa Peranannya?

Ukraine Diarah Buang Slogan ‘Berbaur Politik’ Pada Jersi Euro 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN