Karier ‘Terburai’ Di Arsenal, Willian Mahu Kembali Ke Chelsea

Willian Arsenal Chelsea

Bekas pemain Chelsea, Willian dilaporkan mahu kembali semula ke Stamford Bridge selepas mengharungi satu musim yang gagal sejak menyertai Arsenal.

Pada musim panas lepas, Chelsea berusaha sedaya upaya untuk melanjutkan kontrak pemai berusia 32 tahun itu, namun beliau sendiri menolak bagi membolehkannya menyertai kelab utara London itu secara percuma.

Bagaimanapun hanya kurang setahun di Emirates, penyerang Brazil itu hanya berupaya menjaringkan satu gol sahaja dari 37 penampilan,

Willian memulakan saingan Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dengan begitu baik apabila mencipta tiga bantuan jaringan dalam membantu skuad bimbingan Mikel Arteta itu mencatatkan kemenangan 3-0 bertemu pendatang baharu, Fulham.

Namun, selepas itu segalanya seperti tidak menjadi buat bekas pemain yang mencipta kegemilangan ketika menyarung jersi Chelsea selama tujuh musim.

Keadaan tersebut menyebabkan kelibat beliau mendapat kecaman daripada peminat setia Arsenal. Bekas pemain Arsenal seperti Ian Wright dan Martin Keown juga tidak terkecuali untuk melemparkan kritikan terhadapnya.

Pastinya sukar untuk beliau kembali menyertai bekas pasukannya itu memandangkan kontraknya di Arsenal masih berbaki sehingga Jun 2023.

Dengan prestasi buruknya pada musim ini, pihak pengurusan kelab tidak keberatan untuk melepaskannya bagi mengurangkan beban perbelanjaan pasukan lalu membolehkan mereka mendapatkan pemain baharu lain.

Antara pemain yang menjadi sasaran Arsenal ketika ini adalah pemain sayap Norwich City, Emiliano Buendia.

Beberapa kelab di Eropah berminat untuk mendapatkan Willian, begitu juga dengan kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami milik David Beckham.

Namun sumber dari Sky Sports menyatakan Willian menjadikan Chelsea sebagai pilihan pertamanya untuk terus beraksi di peringkat tertinggi.

Arsenal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tangga kelapan dan sekaligus gagal menempah slot ke kejohanan Eropah.

Selain Willian, beberapa pemain lain juga bakal meninggalkan pasukan. David Luiz akan kehabisan kontrak pada bulan depan, sementara Martin Odegaard dan Dani Ceballos pula akan kembali semula ke Real Madrid sebaik sahaja tempoh pinjaman mereka tamat.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Martial Kena Tinggal, Maguire Tersenarai Untuk Skuad Manchester United Ke Final UEL

Tiada Seorang Pun Pemain Real Madrid Dalam Skuad Sepanyol Untuk Euro 2020

Juventus Tidak Perlukan Ronaldo Untuk Ke Champions League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN