Penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim mendedahkan ada beberapa tonggak utama akan meninggalkan pasukan dek kerana kenyataan tidak bijak, ‘jika tiada jiwa untuk Perak’.
Selepas Kenny Pallraj dan J. Partiban angkat kaki meninggalkan Perak, kita mungkin bakal melihat beberapa lagi pemain utama yang memilih berbuat perkara yang sama.
Seperti yang umum ketahui, Kenny Pallraj mendedahkan sebelum ini yang amat berat buat dirinya untuk meninggalkan Perak, namun terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan karier mereka yang mempunyai komitmen serta tanggungjawab lain.
Sebelum ini, menurut Sinar Harian, Bendahari pasukan, Datuk Sham Mat Sahat berkata, skuad The Bos Gaurus hanya memberikan keutamaan kepada pemain yang ada ‘jiwa’ dan mahu terus berjuang dan tidak menghalang pemain untuk berhijrah.
Sham Mat Sahat berkata, skuad The Bos Gaurus itu hanya memberikan keutamaan kepada pemain yang ada ‘jiwa’ dan mahu berjuang bersama pasukan.#sinarharian https://t.co/ieckNXxNlq
— SinarHarian (@SinarOnline) May 8, 2021
“Kita nak pemain yang ada ‘jiwa’ dengan Perak. Kalau rasa nak keluar main dengan pasukan lain sebab tak dapat gaji dua bulan, kita tak akan halang. Pemain sedia ada ini pun kalau nak berhijrah kita tidak akan halang kerana kita nak ‘jiwa’ dia dengan Perak.
“Malah, kita juga bertanya kepada mereka siapa yang mahu bermain dan siapa yang tidak mahu bermain [menentang Sri Pahang FC],” jelasnya sebelum skuad itu tewas 2-3 kepada Sri Pahang dalam aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.
Kenyataan kurang bijak daripada Sham Mat Sahat ini nyata mengguris hati beberapa tonggak utama pasukan pada ketika ini. Sudahlah beberapa bulan tidak mendapat gaji, malah dikatakan pula mereka tiada jiwa untuk terus bermain bersama Perak.
Ujar Hafizul Hakim yang merupakan tonggak utama, rata-rata rakan sepasukannya itu memilih untuk meninggalkan pasukan disebabkan kenyataan tersebut dan sikap pengurusan Perak, bukanlah semata-mata tentang masalah tunggakan gaji.
Bercakap kepada Bernama, “Mereka kecewa sampai ada [pengurusan] yang kata kalau tiada jiwa untuk bermain dengan Perak, boleh cari pasukan lain. Bagi saya ini bukan satu kenyataan yang bijak dalam keadaan pasukan terumbang-ambing.
"Kenny Pemain Utiliti Terbaik Malaysia, Silap-Silap Main GK Pun Perform"
CEO KL City, Stanley Bernard menggambarkan pemain tengah baharu pasukannya, Kenny Pallraj sebagai pemain utiliti terbaik di Malaysia pada ketika ini.
LINK: https://t.co/8zgErkmv7j#LigaSuper2021 pic.twitter.com/uW93kaxeNU
— Sukanz. (@sukanzcom) May 12, 2021
“Siapa yang akan keluar [daripada pasukan] saya tidak boleh dedahkan [lagi] cuma keputusan yang akan diambil oleh mereka adalah disebabkan memikirkan tentang masa depan dan perjalanan karier,” jelasnya yang turut mendapat tawaran luar.
Dikatakan tiga pasukan sedang cuba memancing penjaga gol berusia 28 tahun itu keluar daripada Perak dan Hafizul Hakim sedang mempertimbangkan mengenainya.
“Bukan senang untuk saya tinggalkan Perak yang merupakan negeri kelahiran saya sendiri, cuma saya kena fikirkan masa depan dan keputusan sama ada kekal atau berhijrah akan dibuat dalam masa terdekat,” jelasnya mengenai perpindahan.
Bersama Perak sejak zaman remaja lagi, Hafizul Hakim hanya setahun mencuba nasib di luar iaitu menyertai Melaka United pada musim 2015 sebelum kembali untuk menjadi nadi utama Perak di gawang pada permulaan musim 2016.
Untuk rekod, setakat ini, selain Kenny Pallraj, Perak telah kehilangan kapten, Shahrul Saad dan Guilherme de Paula yang memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) serta J. Partiban yang menyertai Kenny Pallraj untuk bersama KL City FC.
Baca lagi artikel lain mengenai Hafizul Hakim dan Perak FC:
Saman Ditarik Balik, Tak Sangka Gurauan Kerana Dah Lama Kenal Hafizul Jadi Lain
‘Bukan Mudah, Kami Dah Macam Keluarga’ – Kenny Pallraj Sebak Tinggalkan Perak
Selepas Jalani Dua Pembedahan, Hafizul Hakim Berjanji Akan Kembali Lebih Cemerlang Musim Ini