Selepas Perak, Giliran Pemain Sarawak United Pula Angkat Kaki?

Sarawak United

Susulan kemelut yang melanda Perak sehingga beberapa pemainnya meninggalkan pasukan ekoran isu pembayaran gaji, kini satu lagi pasukan Liga Malaysia (Liga-M) iaitu Sarawak United dilaporkan bakal berdepan situasi yang sama.

Menurut laporan dari Cakap Sukan, beberapa orang pemain skuad kendalian E. Elavarason itu sudah dalam keadaan bersedia untuk menghantar surat bagi meninggalkan kelab seawal selepas perayaan Aidilfitri ini.

Agak mengejutkan buat pasukan tersebut yang kini sedang mendahului saingan Liga Premier tersebut yang tentunya sudah mula berkira-kira untuk meraih kejuaraan mahu pun dipromosi ke Liga Super.

Sandro da Silva merupakan di antara pemain yang sudah menyuarakan secara terbuka mengenai isu tersebut kepada media.

Pemain import dari Brazil itu dikatakan hanya menerima 70 peratus sahaja gaji bagi dua bulan pertama iaitu Januari dan Februari dan tidak menerima sebarang bayaran untuk bulan Mac dan April.

Malah majikannya juga tidak menjelaskan elain rumah dan kenderaan bagi dua bulan tersebut dengan nilai keseluruhannya dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Bergson Bakal ‘Angkat Kaki’, Apa Komen Benjamin Mora?

KFA Tak Mahu ‘Tanggung’, Skuad Bola Sepak Wanita Kedah Bawa Haluan Sendiri

MKN Beri Lampu Hijau Liga Malaysia Diteruskan, MFL Beri Peringatan Kelab Jaga SOP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN