Liga Super: Gol Debut Aung Kaung Mann & Kenny Atiu Beri 3 Mata Buat Sri Pahang

Kenny Atiu Sri Pahang Perak 2021

Dua gol Kenny Atiu dan satu gol Aung Kaung Mann berjaya memberikan kemenangan 3-2 Sri Pahang FC ke atas Perak FC di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kemenangan ini berjaya melonjak Sri Pahang keluar daripada zon penyingkiran ke kedudukan ke-9 Liga Super 2021 dengan mengumpul 12 mata, berkongsi mata dengan Perak. Perubahan pemain import memberikan nyawa kedua buat Tok Gajah.

Perak turun dengan tiga perubahan selepas kehilangan kapten, Shahrul Saad dan penyerang, Guilherme de Paula yang berhijrah untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Chong Yee Fatt membawa masuk Rafiuddin Roddin, Adib Raop dan Careca.

Untuk Sri Pahang, Dollah Salleh juga membuat tiga pertukaran kepada skuad yang mengikat Selangor FC pertengahan minggu lalu dengan kemasukkan dua pemain import baharu, Aung Kaung Mann dan Kenny Athiu serta pertahanan, Faisal Rosli.

Minit ke-8, Perak berhasil membuat percubaan pertama tuan rumah menerusi Nana Poku, namun rembatannya gagal menggegar jaring biarpun ruang sudah terbuka buat dirinya selepas pelawat terlepas kawalan bola di depan gawang dikawal Helmi Eliza.

Tiga minit kemudian, Sri Pahang hadir dengan percubaan pertama menerusi Abdul Malik Mat Ariff, namun rembatannya diselamatkan oleh Hafizul Hakim berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh arkitek baharu mereka, Hidalgo.

Rafiuddin Roddin yang bertindak sebagai pemain sayap pada perlawanan ini berjaya membuat percubaan ke gawang pelawat pada minit ke-29, namun rembatan jarak jauhnya itu jauh tersasar daripada gawang dan langsung tidak menguji penjaga gol.

Akhirnya, Sri Pahang berjaya mendahului perlawanan menerusi rembatan deras Aung Kaung Mann pada minit ke-34 selepas percubaan pertama Abdul Malik Mat Ariff dihadang benteng dan disambar dengan rembatan deras oleh penyerang itu.

Perak turun dengan perubahan permainan di babak kedua dan berjaya melakukan beberapa asakan ke benteng pelawat, namun masih gagal untuk menyamakan kedudukan. Peluang terbaik mereka hadir menerusi voli pemain tengah, Careca.

Aung Kaung Mann menunjukkan bahawa dirinya berbahaya jika dibiarkan terlalu bebas apabila hampir meledak gol kedua empat minit selepas percubaan Careca. Sekali lagi Hidalgo dilihat mencipta ruang buat penyerang pelawat membuat percubaan.

Minit ke-58, penyerang import baharu kedua Sri Pahang, Kenny Atiu berjaya meledak gol kedua mereka menewaskan Hafizul Hakim selepas menyambut hantaran ke belakang oleh Abdul Malik Mat Ariff yang menerima hantaran lolos oleh Hidalgo.

Tuan rumah berjaya merapatkan jurang gol apabila Leandro memanfaatkan sepakan penalti yang diperolehi oleh Shakir Hamzah untuk mereka cuba mengejar kedudukan pelawat. Selepas 12 penampilan, itu adalah jaringan pertamanya musim ini.

Minit ke-72, Hafizul Hakim berjaya menafikan peluang terbaik Pahang selepas Abdul Malik Mat Ariff gagal untuk menewaskannya dalam peluang satu lawan satu di kawasan gol tuan rumah selepas pertahanan Perak terlepas kawalan bola.

Perak tidak berdiam diri apabila beberapa kali cuba mengasak, namun cubaan mereka untuk mengatur asakan seringkali dikecewakan dengan sentuhan kurang baik Nana Poku di depan gawang pelawat yang dikawal oleh Helmi Eliza.

Kenny Atiu meranapkan terus harapan tuan rumah untuk bangkit apabila berjaya menanduk masuk gol ketiga Sri Pahang pada minit ke-88 selepas menerima hantaran lintang Nor Azam Azih bagi menewaskan Hafizul Hakim sekali lagi.

Sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil, Careca berjaya meledak gol yang dicari-cari oleh tuan rumah bermula daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Nazirul Naim, namun sudah terlambat untuk kembali dalam permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN