Roma telah mengumumkan perlantikan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu. Melalui satu kenyataan, Roma berkata: “Pihak kelab dengan gembiranya mengumumkan persetujuan telah dicapai dengan Jose Mourinho untuk beliau menjadi Ketua Jurulatih baharu untuk musim 2021/22 yang akan datang.
Roma sebelum itu turut mengumumkan Ketua Jurulatih Paulo Fonseca akan meninggalkan kelab itu selepas tamat saingan musim ini,
Mourinho telah bersetuju untuk menyertai Roma dengan kontrak sehingga pengujung musim 2024.
Penyokong Roma yakinkan Mourinho
Dalam satu kenyataan mengenai perlantikannya, Mourinho berkata: “Terima kasih kepada keluarga Friedkin yang memilih saya untuk menyertai kelab sehebat ini dan menjadi sebahagian daripada visi mereka.
“Kesungguhan luar biasa yang ditunjukkan penyokong Roma meyakinkan saya menerima jawatan ini, dan saya sudah tidak sabar untuk bermula pada musim hadapan.
"After meetings with the ownership, I immediately understood their ambitions for Roma. Together we want to build a winning project.
“The incredible passion of the fans convinced me to accept the job. I can't wait to start next season. Daje Roma!"
💬 – 𝑱𝒐𝒔𝒆́ 𝑴𝒐𝒖𝒓𝒊𝒏𝒉𝒐
— AS Roma English (@ASRomaEN) May 4, 2021
“Pada masa yang sama, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Paulo Fonseca dan berharap pihak media boleh menghargai bahawa saya hanya akan bercakap [mengenai kelab] di masa hadapan. Daje Roma!”
Mengapa Mourinho jadi pilihan Roma?
Mourinho adalah salah seorang pengurus paling berjaya di dalam bola sepak. Beliau telah dipecat oleh Tottenham Hotspur hanya selepas 17 bulan mengendalikan kelab itu.
Mourinho dilantik menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus Spurs pada November 2019, namun gagal membimbing kelab itu kembali ke pertandingan Champions League, selain menduduki tangga ketujuh Premier League.
Pengendali dari Portugal itu sebenarnya lebih berjaya ketika bersama Manchester United. Di Old Trafford, Mourinho menjuarai Piala Liga dan Europa League, namun tetap dipecat pada Disember 2018.
𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 🤝
The club are delighted to announce an agreement has been reached with Jose Mourinho for him to become our new head coach ahead of the 2021-22 season.
#ASRoma pic.twitter.com/f5YGGIVFJp— AS Roma English (@ASRomaEN) May 4, 2021
Manchester United menamatkan saingan musim tersebut ketinggalan 19 mata di belakang juara Liverpool, walaupun membelanjakan £400 juta untuk 11 pemain di bawah kendalian jurulatih berpengalaman itu.
Sebelum menyertai Manchester United, Mourinho telah meraih pelbagai kejayaan bersama Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.
Beliau mungkin dilihat telah gagal di England selepas apa yang berlaku di Chelsea, Manchester United dan Tottenha,. Namun bagi Roma, kejayaan mengikat Mourinho adalah satu kejayaan bagi sebuah kelab yang tidak memenangi kejuaraan liga sejak 2001. Trofi utama terakhir dimenangi oleh Roma ialah Coppa Italia pada musim 2007/08.
Mengapa Fonseca tinggalkan Roma?
Fonseca mengalami karier yang sukar di Roma. Kelab itu gagal ke Champions League musim hadapan dan sedang menerima akibat yang mahal akibat kesilapan penstrukturan semula di pasaran pemain ketika era Monchi.
Pemilik kelab, Jim Pallotta kemudiannya mulai melakukan perbincangan mengenai pengambilalihan dengan Friedkin Group, yang tergendala selepas dunia dilanda pandemik sebelum ia dilakukan semula pada musim panas lalu.
Roma president James Pallotta on Monchi: “He asked me to trust him and let him do it his way. We gave him complete control and now we have more injuries than we’ve ever had and are in danger of missing out on finishing in the Top 3 for the first time since 2014.” pic.twitter.com/sQK5exLgyd
— Squawka Live (@Squawka_Live) March 21, 2019
Keadaan kelab turut tidak dibantu apabila pengganti Monchi sebagai Pengarah Sukan, Gianluca Petrachi turut dipecat. Situasi tersebut menyebabkan Fonseca yang mengendalikan skuad utama berada di dalam kesukaran.
Semua ketidaktentuan dalaman itu menyebabkan tugasan Fonseca semakin mencabar.
Former #ASRoma director of sport Gianluca #Petrachi has attacked #TiagoPinto: ‘I don’t know him, he doesn’t even have qualifications to be sporting director.’ https://t.co/A9eC4jNrKd #Roma #SerieA #Calcio pic.twitter.com/YayzzWlk0s
— Football Italia (@footballitalia) December 4, 2020
Di bawah kendalian Fonseca, Roma sebenarnya berjaya menghasilkan corak permainan moden yang menarik sehingga pernah mara ke separuh akhir pertandingan eropah beberapa musim lalu.
Namun demikian, rekod Roma di perlawanan-perlawanan penting Serie A adalah buruk. Kemungkinan kelab itu akan terus gagal menjamin tempat ke pertandingan elit eropah membuatkan pemilik kelab merombak pasukan dan memilih sendiri jurulatih yang mereka mahukan.
Apa Fonseca katakan?
“Di dalam tempoh dua tahun ini kami telah melalui saat baik dan buruk. Saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada kelab dan bandar ini, yang selama ini turut menyambut saya dengan baik sekali,” kata Fonseca dalan satu kenyataan.
OFFICIAL: Roma have confirmed head coach Paulo Fonseca will leave at the end of the season. pic.twitter.com/qcWtz2PXXb
— Squawka Live (@Squawka_Live) May 4, 2021
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Roma, dan semua pihak yang berkerja dengan kami di Trigoria, barisan pemain, dan mereka yang sentiasa berada di belakang kami di dalam perjalanan ini, terutamanya Dan dan Ryan Friedkin untuk sokongan berterusan sejak mereka tiba di kelab ini. begitu juga dengan Tiago Pinto (Pengurus Besar), seorang profesional, dan saya ucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan seterusnya.
“Kami masih perlu melalui beberapa perlawanan penting yag wajib dimenangi pada musim ini, dan seperti biasa kami akan memberikan yang terbaik.”
Penutup
Khamis ini AS Roma akan berdepan dengan Manchester United dalam aksi timbal balik separuh akhir UEL.
Selepas itu Fonseca akan membawa Roma mengharungi empat baki perlawanan Serie A, menentang Crotone, Inter Milan, Lazio, dan Spezia.
Satu-satunya kemenangan yang dihasilkan Roma dari lapan perlawanan terakhir mereka di Serie A adalah kemenangan 1-0 ke atas Bologna pada 12 April lalu. Mereka tewas lima dan seri dalam dua perlawanan lain.
Baca artikel lain mengenai Jose Mourinho:
‘Main Menyerang Baru Cara Tottenham’ – Bale Sindir Mourinho Selepas Catat Hatrik?
‘Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ – Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap