Coutinho Kembali Ke Merseyside

Pemain perancang Barcelona dan Brazil, Philippe Coutinho dilaporkan akan kembali ke Merseyside, namun bukan untuk menyertai bekas majikannya Liverpool FC.

Sebaliknya Coutinho dilaporkan akan menyertai seteru dan jiran kepada Liverpool FC, Everton sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada musim panas ini.

Perpindahan Coutinho ke Goodison Park dari Barcelona bukan satu-satunya perpindahan melibatkan nama besar pernah dilakukan oleh Everton.

Musim panas lalu Everton turut berjaya memancing pemain tengah Real Madrid, James Rodriguez.

Menurut beberapa laporan dari UK, Everton kini sedang sibuk mencari kediaman yang sesuai untuk bintang Brazil itu menetap selepas menyertai mereka.

Apa yang menarik mengeai perpindahan ini ialah Carlo Ancelotti dilaporkan hanya perlu membelanjakan £35 juta untuk mendapatkan Coutinho. Ia adalah angka yang jauh lebih rendah berbanding nilai £145 juta yang perlu dibayar untuk mendapatkan pemain itu dari Liverpool pada 2018.

Countinho kini berusia 28 tahun dan semakin sukar untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama skuad Ronald Koeman, walaupun pada awal musim beliau seakan-akan sudah mendapat nafas baharu di bawah kendalian pengurus dari Belanda itu.

Namun beberapa kecederaan menyukarkan beliau menempatkan diri di dalam pasukan pada musim ini, dan Everton yakin mampu mengembalikan prestasi sebenar pemain itu jika menyertai mereka, sama seperti apa yang dilakukan oleh Ancelotti terhadap Rodriguez.

Liverpool sendiri turut pernah dikaitkan dengan perpindahan kembali Coutinho dalam beberapa jendela perpindahan lalu. Kemungkinan itu semakin pasti tidak akan berlaku dengan perkembangan terbaru ini.

 

Baca artikel lain mengenai Philippe Coutinho:

Jisim Otot Philippe Coutinho Naik 4kg Ketika Di Bayern Munich

De Boer: Philippe Coutinho Gagal Di Barcelona Kerana Messi

Ejen: Philippe Coutinho Rindu Nak Beraksi Di EPL

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN