Baki 3 Perlawanan Penentu Transaksi Di Jendela Perpindahan Selangor

Selangor FC 2021 jendela perpindahan

Selangor FC tiada perancangan untuk membawa masuk Keisuke Honda, namun baki tiga perlawanan sebelum liga berehat jadi penentu transaksi di jendela perpindahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menepis khabar angin mengenai Keisuke Honda bakal menyertai Selangor sambil menegaskan yang mereka berpuas hati dengan perkembangan terkini pasukan sehingga 10 perlawanan.

Selangor berada di kedudukan ke-5 Liga Super 2021 dengan 15 mata, empat mata di belakang Penang FC dan hanya satu mata di depan KL City FC. Mereka perlahan-lahan memperbaiki posisi mereka daripada kedudukan ke-7 hingga ke kedudukan ini.

Oleh itu, mereka tidak merancang untuk merombak pasukan ditambah dengan peningkatan prestasi beberapa pemain muda yang membantu pengendali, Karsten Neitzel dalam membentuk skuad yang lebih ampuh dalam baki saingan liga.

“Kita banyak fokus kepada pemain-pemain yang berpotensi tinggi dan pemain-pemain muda. Pemain-pemain yang ada nama besar bukan keutamaan kami buat masa ini,” jelas Johan Kamal mengenai perkembangan pasukan kepada Astro Arena.

“Memang tak betul berita tersebut. Pihak kami tidak pernah menghubungi atau nama Keisuke Honda diberikan kepada kami. Memang tiada langsung. Buat masa ini, kami tiada perancangan tersebut [membawa masuk Honda],” tambahnya.

Begitupun, Selangor bakal menjadikan baki tiga perlawanan di bulan Ramadhan ini sebagai penentu sama ada akan ada transaksi pemain di jendela perpindahan.

“Kita akan lihat bagaimana kita menghabiskan tiga perlawanan terakhir pada bulan Ramadhan ini,” tegasnya sambil menyatakan mereka memiliki masa untuk menilainya.

“Jadi, berdasarkan baki tiga perlawanan terakhir dan senarai kecederaan, kita akan buat analisis dan keputusan mengenainya. Tetapi, buat masa ini kami gembira dengan pemain yang kami ada dalam pasukan,” tambah Johan Kamal lagi tentangnya.

Selangor bakal berdepan PJ City FC, Sri Pahang dan Terengganu FC dalam baki tiga aksi terakhir di bulan Ramadhan sebelum liga bakal berehat untuk perayaan Hari Raya.

Dalam tiga perlawanan terakhir, The Red Giants belum tewas dan mengumpul tujuh mata daripada sembilan mata, menunjukkan mereka dalam momentum terbaik selepas aksi mengecewakan berdepan Penang FC dan Kedah Darul Aman FC.

KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC

Baca lagi artikel lain mengenai Selangor FC:

Penolong Pengurus Selangor FC ‘Mengiyakan’ Tawaran Kepada Honda?

Ollerenshaw Pelik Sikap “Bangga Lebih” Feichtenbeiner Selepas Selangor II Ikat JDT II

Ifedayo Anggap Hanya Selangor Pasukan Terhebat Di Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN