Pengurus Barcelona, Ronald Koeman mengakui beliau tidak menyangka pasukannya akan berada di kedudukan terbaik untuk meraih kejuaraan La Liga jika melihat semula apa yang berlaku pada awal musim ini.
Kelab Catalan tersebut akan naik ke persada liga sekiranya mereka menang dan mengutip mata penuh dalam aksi menentang Granada pada Khamis ini dan memastikan dapat meraih keputusan positif dalam lima perlawanan terakhir.
Dalam sidang media pra-perlawanan, jurulatih kelahiran Belanda itu mahu anak buahnya lebih fokus untuk meraih kemenangan dan seterusnya menjadi pendahulu liga berbanding memikirkan kejuaraan yang masih belum pasti.
Barcelona, Ronald Koeman, and an exceptional change in mentality
— Opinion, by @Darren95Looney https://t.co/mLes27nctP pic.twitter.com/RXiWU17FOm
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 21, 2021
“Tumpukan satu perlawanan ini dahulu. Jika kita imbas semula, ia adalah situasi yang tidak disangka sama sekali. Sebelum ini kami ketinggalan mata begitu jauh, jadi ini merupakan satu pencapaian yang cukup besar, peluang untuk bersaing memenangi La Liga.”
Prestasi buruk Barcelona pada awal musim membuatkan banyak pihak meragui kemampuan Koeman untuk membimbing kelab tersebut.
Namun bekas jurulatih Belanda itu menutup mulut pengkrutiknya dengan membawa pasukannya marih 15 kemenangan dari 17 perlawanan terakhir dan seterusnya menjadi salah satu pencabar kejuaraan.
Beliau turut bercakap mengenai prestasi cemerlang Antoine Griezmann sejak akhir-akhir ini termasuk menjaringkan dua gol ke atas Villareal tempoh hari.
Villarreal 1-2 Barcelona: Ronald Koeman's side emerge victorious thanks to Antoine Griezmann's brace – Daily Mail https://t.co/yugO5z4kpi pic.twitter.com/LQyoINVpFR
— SPORTARUCE™ (@sportaruce) April 25, 2021
“Semasa musim panas lalu, saya sudah katakan padanya yang dia akan menjadi pemain penting untuk pasukan ini,” ujar Koeman lagi.
“Sudah tentu saya akan kritikal terhadap penyerang saya jika mereka tidak manfaatkan peluang, termasuklah Antoine. Tetapi dia adalah pemain yang saya suka, dia bekerja keras untuk pasukan dan memberikan segalanya.
Perlumbaan kejuaraan La Liga semakin mendebarkan menjelang penghujung musim 2020/21 dengan empat pasukan Atletico Madrid, Real Madrid, Barcelona dan Sevilla kini masing-masing hanya dipisahkan dengan tiga mata sahaja.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
La Liga: Atletico, Real, Barcelona, Sevilla Hanya Dipisahkan 3 Mata Sahaja
Pep Guardiola Tak Boleh Tidur Malam Fikirkan Neymar & Mbappe
Stan Kroenke Tutup Rapat Semua Pintu Untuk Orang Luar Beli Arsenal