La Liga: Atletico, Real, Barcelona, Sevilla Hanya Dipisahkan 3 Mata Sahaja

La Liga Table

Perlumbaan kejuaraan La Liga semakin mendebarkan menjelang penghujung musim 2020/21 dengan empat pasukan Atletico Madrid, Real Madrid, Barcelona dan Sevilla kini masing-masing hanya dipisahkan dengan jurang mata yang terlalu kecil.

Selepas pendahulu Atletico Madrid tewas di San Memes, Real Madrid tercicir mata berdepan Real Betis, Barcelona menang ke atas Villareal dan Sevilla pula bergaya menundukkan Granada.

Antoine Griezmann meledak dua gol untuk memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium de la Cermica dan sekaligus menyamai 71 mata milik Real Madrid sementara mereka masih ada satu perlawanan dalam tangan.

Sekiranya skuad kendalian Ronald Koeman itu menumpaskan Granada pada Khamis ini, kelab Catalan tersebut akan naik ke puncak La Liga dengan kelebihan satu mata mengatasi Atletico. Malah enam perlawanan terakhir mereka musim ini dilihat jauh lebih mudah berbanding tiga pasukan lain.

Tewas kepada Athletic Bilbao pada Ahad, Diego Simeone berdepan tugas berat untuk menewaskan Barcelona di Nou Camp bagi mencerahkan peluang menjulang kejuaraan liga pada musim ini sambil mengharapkan lawan mereka itu turut keciciran mata dalam perlawanan-perlawanan lain.

Real Madrid pula hanya perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan terikat tanpa jaringan dengan Betis dan memusnahkan impian mereka untuk menghuni tangga teratas liga.

Kini Zinedine Zidane perlu memikirkan cara terbaik untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu kerana lima pasukan untuk baki perlawanan ternyata agak mencabar dengan Osasuna, Sevilla, Granada, Bilbao dan Villareal sedang menanti.

Dalam pada itu, satu pasukan lagi turut tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan sengit apabila sedikit demi sedikit menghampiri kelompok teratas. Seville yang mengumpul 70 mata kini hanya dipisahkan tiga mata sahaja dari pendahulu selepas menang 2-1 ke atas Granada di tempat sendiri.

Namun lauan anak buah Julen Lopetegui itu untuk lima perlawanan terakhir jelas sukar kerana bakal berdepan Bilbao, Real Madrid, Valencia, Villareal dan Deportivo Alaves.

Kredit Foto: Barca Universal

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Rahsia Zinedine Zidane Bangkitkan Roh Real Madrid

Piala Carabao: 5 Perkara Daripada Kejayaan Man City Jinakkan Spurs

Donyell Malen, Ibrahima Konate Jadi Buruan Liverpool

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN