Pemain pertahanan Selangor, Tim Heubach akan diketepikan selama enam minggu bagi menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan sewaktu perlawanan menentang Kedah pada minggu lalu.
Berita tersebut disahkan oleh Pengarah Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner, namun beliau melahirkan keyakinan bahawa skuad The Red Giants tidak akan terkesan dengan kehilangan tonggak utama mereka itu.
Menurut jurulatih warga Jerman itu, ketiadaan pemain tinggi lampai itu boleh ditampung oleh seorang lagi pemain dari Jerman iaitu Manuel Konrad yang beraksi cemerlang ketika Selangor menewaskan Perak tempoh hari.
Satu perkabaran kurang enak buat peminat Gergasi Merah selepas tonggak pertahanan pasukan itu, Tim Heubach disahkan bakal berehat selama enam minggu selepas menjalani pembedahan Sabtu ini.#MySukanTV #BeritaSukan #LigaSuper2021
Sumber: Stadium Astro
📸 @selangorfc pic.twitter.com/5zXKCLYMx3— MySukan TV (@MySukan_TV) April 13, 2021
“Dia mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama dan cuba kekal beraksi bagi membantu pasukan. Dia telah dibawa ke hospital dan perlu menjalani pembedahan,” kata Feichtenbeiner kepada Stadium Astro.
“Kini kami memiliki Manuel Konrad yang sudah bersedia beraksi dan kehadirannya sangat tepat dalam keperluan pasukan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Heubach.”
Heubach tiba di negara ini dengan reputasi tinggi selaku pemain yang pernah beraksi di pentas bola sepak Eropah dan menjadi tonggak utama di bahagian pertahanan Selangor sepanjang musim ini.
Jika merujuk kepada barisan pemain sewaktu menentang Perak, ketua jurulatih Kartsten Neitzel nampaknya sudah pun memberi kepercayaan kepada pemain pertahanan muda Shahrul Nazeem untuk digandingkan bersama Safuwan Baharudin.
"Saya berasa bangga dapat berlatih bersama skuad utama. Jika diberikan peluang untuk bermain di Piala Malaysia, insyaAllah saya akan buat yang terbaik dan tidak akan berputus asa untuk menunjukkan kemampuan saya" – Shahrul Nazeem.#RedGiants#KitaAdalahSatu
📸 : @asianadotmy pic.twitter.com/uW0yEpedH3
— Selangor FC (@selangorfc) October 28, 2020
Dengan Heubach akan diketepikan dan Konrad juga sudah kembali ke skuad utama, tentunya Jordan Ayimbila akan terus diberi kepercayaan untuk dikekalkan bersama skuad utama selepas membuktikan kematangannya.
Pemain muda dari Ghana itu yang ‘dinaikkan pangkat’ dari Selangor 2 dilihat semakin selesa beraksi di posisi pertahanan kiri dan berhasil mencipta impak positif dengan larian dan gerakan dalam membantu bahagian serangan pasukan.
Neitzel juga masih ada beberapa pemain lain seperti Ashmawi Yakin dan A. Namathevan untuk beraksi di posisi itu sepanjang tempoh pemulihan Heubach.
Kredit Foto: Selangor FC
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Ifedayo Tenang Berdepan Cabaran Bergson Untuk Perebutan Kasut Emas
Ollerenshaw Pelik Sikap “Bangga Lebih” Feichtenbeiner Selepas Selangor II Ikat JDT II
Bekas Pemain Kebangsaan Ini Jelaskan 8 Sebab Kenapa Skuad Projek FAM-MSN Wajar Dikekalkan