Liga Super: Skuad ‘Tempang’ Sabah Sekat Rentak Kemenangan Penang

Saddil Ramdani Sabah FC Penang FC 2021

Sabah FC berjaya menyekat rentak kemenangan Penang FC apabila telah mengikat mereka dengan keputusan 1-1 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Walaupun Penang tampil dengan aksi yang baik, kegagalan memanfaatkan peluang-peluang terhidang menyebabkan mereka gagal meneruskan rentak tiga kemenangan berturut-turut yang telah dicipta mereka sejak menewaskan Selangor 2-0.

Tuan rumah turun dengan hanya satu perubahan dalam kesebelasan utama sebelum ini iaitu di gawang, Bryan See Tian Keat yang masuk menggantikan Sam Somerville yang telah mengalami kecederaan pada aksi sebelum ini berdepan Melaka United.

Sabah terpaksa membuat rombakan besar-besaran dengan lima perubahan pemain dengan kemasukkan Park Tae-su, Bobby Gonzales, Hamran Peter, Randy Baruh dan Amri Yahya. Dikhabarkan ramai pemain utama tidak diterbangkan ke Pulau Pinang.

Sebaik perlawanan bermula, hujan lebat mula membasahi Stadium Bandaraya dan ia sesekali tidak menjejaskan rentak perlawanan yang bermula rancak. Hujan mula reda sekitar 15 minit selepas itu dan perlawanan masih berlangsung lancar.

Sepanjang 15 minit itu, Penang memiliki dua peluang menerusi rembatan tersasar Danial Ashraf selepas menerima hantaran dekat oleh Casagrande, selain sepakan percuma Rafael Vitor yang tersasar ke sisi kiri gawang pasukan pelawat.

Sabah juga tidak mengalah dengan dua percubaan terbaik iaitu di minit ke-5 menerusi penyerang Bobby Gonzales yang jauh melewati palang dan rembatan jarak jauh bek kiri, Alto Linus di minit ke-22 yang berjaya ditangkap kemas Bryan See.

Tiga minit berselang, Penang hampir meledak jaringan pertama menerusi rembatan deras kaki kiri Sheriddin Boboev dari luar kotak penalti yang ditepis Robson Rendy.

Penang juga mensia-siakan dua hantaran lintang kemas oleh pemain sayap, Al-Hafiz Harun yang gagal disambar di depan gawang pelawat di minit ke-28 dan ke-43.

Babak kedua bermula dengan permainan lebih teratur dilakukan oleh Sabah. Fokal serangan mereka adalah Levy Madinda yang akan bergerak di tengah. Namun, pergerakannya kerap telah dibayangi oleh Khairu Azrin dan David Rowley.

Hasil permulaan yang positif menyaksikan The Rhinos berjaya menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-52 menerusi rembatan deras kaki Saddil Ramdani untuk menewaskan Bryan See. Ia hasil gerakan satu duanya bersama Sam Johnson.

Penang menggandakan asakan dan di minit ke-57, Casagrande sekali lagi melepaskan peluangnya di depan gawang pelawat dengan rembatan yang tersasar dan seminit kemudian, Al-Hafiz Harun melepaskan rembatan deras yang ditepis Robson Rendy.

Selepas melalui beberapa aksi yang baik, Penang dilihat kembali tumpul di jentera serangan walaupun beberapa kali sepanjang aksi gerakan dijana oleh jentera tengah.

Pertukaran masuk Endrick dos Santos dan Amer Azahar di pertengahan babak kedua oleh Tomas Trucha diharapkan dapat menghidupkan permainan Harimau Kumbang, namun jelas, masalah sebenar tuan rumah adalah sentuhan penyudah.

Sabah pula yang mendahului perlawanan dengan satu gol dilihat berjaya mengimbangi setiap asakan yang cuba dicipta Penang sepanjang babak kedua berlangsung.

Akhirnya, kerja keras tuan rumah berhasil dengan jaringan penyamaan oleh penyerang, Casagrande di minit ke-85 menerusi tandukan menewaskan Robson Rendy. Ia bermula dengan sepakan penjuru di sebelah kanan gawang pelawat gagal dikeluarkan.

Harimau Kumbang berterusan mengasak pelawat dengan beberapa serangan, namun segalanya sudah terlambat untuk membuat kebangkitan di penghujung aksi. Penang FC kekal di kedudukan ke-4, berkongsi mata bersama Terengganu FC dengan 15 mata.

KREDIT FEATURED IMAGE: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN