Gaji Tertunggak: Netizen Gesa Pasukan Minta Bantuan Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew Gaji

Selepas isu gaji tertunggak melibatkan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) hangat diperbincangkan termasuk di media sosial, para netizen mula mencadangkan supaya pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan.

Walaubagaimana pun cadangan itu hanyalah bersifat ‘gurauan’ semata-mata disebabkan sifat dermawan pendakwah bebas itu yang dilihat sentiasa ada di mana-mana sahaja bagi membantu golongan yang memerlukan dan kesempitan hidup.

Malah ada juga cadangan ‘nakal’ yang meminta Ustaz Ebit Lew untuk mengambil alih atau membeli pasukan bola sepak bermasalah ini supaya kebajikan pemain dan pegawai pasukan lebih terjamin.

Buat masa ini difahamkan terdapat dua pasukan yang sedang mengalami masalah untuk menyelesaikan gaji tertunggak pemain dan pegawai pasukan mereka iaitu Perak dan Sabah.

Berdasarkan laporan, pemain Perak sudah 2 bulan tidak menerima gaji, manakala Sabah pula difahamkan sebanyak 3 bulan gaji dan berlaku protes oleh pemain yang enggan menjalani latihan pasukan pada Khamis.

Sabah FC Boikot Gaji
Kredit Foto: Malayantigerfans

Keadaan tersebut mengundang kecaman peminat bola sepak tempatan yang bukan hanya menyalahkan pasukan terlibat, tetapi turut menghalakan kritikan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana meluluskan lesen penswastaan kelab pasukan-pasukan bermasalah ini.

Sedangkan dalam salah satu syarat kelulusan penswastaan tersebut adalah kedudukan kewangan pelabur baharu cukup kukuh bagi menampung kos pengendalian dan pengurusan pasukan sepanjang musim.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam responnya mengenai kemelut gaji melibatkan pasukan Liga-M menjelaskan pihaknya masih belum menerima laporan rasmi berhubung isu tersebut.

Kredit Foto: Ebit Lew

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

‘Tolong Kami, Bantu Kami’ – Perak FC Cari Penaja Untuk Selesai Isu Tunggakan Gaji

‘Baik Bantu Rakyat Susah’ – Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak FC

De Paula Beri Isyarat ‘Sangkut’ 2 Bulan Gaji Ketika Raikan Jaringan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN