Paris Saint Germain (PSG) memiliki kelebihan selepas menewaskan Bayern Munich 3-2 di Allians Arena pada awal pagi tadi. Perlawanan ini menjadi tumpuan kerana ia ibarat ulangan kepada perlawanan akhir pertandingan sama pada musim lalu.
Berikut adalah antara perkara dan fakta penting dari perlawanan ini.
Neymar pemain berkelas dunia
Paris Saint-Germain mungkin tidak menjangkakan akan beraksi di Allianz Arena dengan cuaca bersalji. Namun demikian salji jelas bukan halangan buat skuad Les Parisiens mempamerkan aksi mantap khususnya daripada pemain Brazil, Neymar.
Bintang Brazil itu menghasilkan bantuan gol pertama untuk Kylian Mbappe selepas satu larian yang gagal dihalang barisan pertahanan Bayern Munich. Gol kedua PSG jaringan Mourinhos turut hadir melalui hantaran cantik Neymar.
25 – Since making his competition debut in the 2013-14 campaign, Neymar has assisted 25 goals in the UEFA Champions League, the most of any player in this time. Source. pic.twitter.com/UXmqKB8vKr
— OptaJoe (@OptaJoe) April 7, 2021
Neymar kini telah menjaringkan enam gol dan tiga bantuan gol dalam empat penampilan terakhir beliau di pertandingan ini. Secara keseluruhan beliau telah menghasilkan 41 gol dan 31 assist dari 55 penampilan di pentas eli kelabt eropah ini.
Ketiadaan Lewandowski dirasai
Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab. Ini bermakna Bayern Munich turut tidak boleh memberi alasan ketiadaan Robert Lewandowski sebagai punca kekalahan – walaupun hakikatnya keadaan pasti tampil berbeza jika penyerang Poland itu beraksi.
Sepanjang perlawanan Bayern Munich menghasilkan 31 percubaan ke arah gawang PSG. 10 daripadanya diselamatkan dengan tangkas oleh Navas. Bayern turut merekodkan 15 sepakan percuma dan memiliki 60% daripada penguasaan bola sepanjang perlawanan.
🔥 It's all over in Munich as @PSG_English win the first-leg! 💪@FCBayern 2⃣
Choupo-Moting 37' ⚽️
Müller 60' ⚽️@PSG_English 3⃣
Mbappé 3' & 68' ⚽️⚽️
Marquinhos 28' ⚽️#𝗙𝗖𝗕𝗣𝗦𝗚 🏆 #UCL pic.twitter.com/2wHNVfiG5f— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 7, 2021
Choupo-Moting menjaringkan satu gol namun salah satu percubaan beliau selepas itu hanya mengegarkan palang. Pada hari lain dengan kehadiran Lewandowski, peluang seperti itu mungkin dengan mudah akan diselesaikan.
Sayap Bayern patah
Bahagian sayap yang merupakan aset utama serangan kelab Bavarian dalam perlawanan ini juga ibarat patah. Kingsley Coman dan Leroy Sane beraksi dari permulaan, dan kedua-duanya hanya membazirkan peluang yang ada.
Gelecekan tanpa hala tuju, hantaran lintang tiada tujuan, lorongan yang tidak sampai, dan percubaan yang mengecewakan – itu adalah antara produk akhir yang sangat jelas dari pemain sayap Bayern Munich, dan ia jauh dari standard yang kita semua tahu mereka mampu lakukan.
https://twitter.com/joaocxncelo/status/1379900029641633798
Thomas Muller dan Eric Maxim Choupo-Moting hanya mampu melakukan apa yang terbaik di hadapan gawang, namun kedua-duanya tidak memperolehi hantaran berkualiti yang diharapkan. Beberapa hantaran mudah sepatutnya memudahkan tugas kedua-dua pemain.
Dua jaringan oleh Bayern dihasilkan melalui tandukan. Agak menghairankan mengapa tiada hantaran lintang yang lebih kerap dilakukan oleh pemain sayap Bayern. Ketiadaan Serge Gnabry juga turut dirasai.
#PSG passmap shows their approach against Bayern pretty well: sit back, absorb the pressure and find Neymar and Mbappé in central areas. pic.twitter.com/SXgzZeDLb2
— Between The Posts (@BetweenThePosts) April 7, 2021
Jika persembahan buruk dari pemain sayap ini berpunca dari keletihan, maka pengurus pasukan Hansi Flick perlu merombak pasukan dan merehatkan beberapa pemain utama menentang Union Berlin pada hujung minggu nanti.
Keputusan Hansi Flick dipersoal
Adakah Bayern Munich memberikan laluan terlalu mudah untuk PSG dalam perlawanan ini. Mungkin ya sekiranya beberapa keputusan Hansi Flick dipersoalkan.
Yang pertama sudah tentu mengenai pemain sayap. Pada ketika Leroy Sane dan Kingsley Coman seperti gagal dan tidak bermaya, tiada pertukaran dilakukan. Berada di bangku pemain simpanan ialah Jamal Musiala yang mampu mengubah arus perlawanan sekiranya diperlukan.
Bayern 0-2 PSG 32’. Hansi Flick tells Jerome Boateng to warm up. Then changes his mind. Tells Alphonso Davies to get ready. Boateng sits back on the bench.
Kimmich furious. “Sub him out man!” Talking about Goretzka who signalled before PSG’s 2nd goal that he had a problem. pic.twitter.com/4Pu3AiXmGj
— Archie Rhind-Tutt (@archiert1) April 7, 2021
Kemudian mengenai pertukaran Leon Goretzka sebelum gol kedua PSG. Seorang wartawan bebas yang berada di stadium mendedahkan situasi sebelum jaringan tersebut dihasilkan.
Jerome Boateng pada mulanya diarahkan untuk memanaskan badan. Flicks kemudian mengubah keputusan tersebut dan mengarahkan Alphonso Davies pula untuk memanaskan badan.
Situasi tersebut menyebabkan Joshua Kimmich menjerit ke arah Flicks untuk menggantikan Goretzka dengan segera. Ia tidak diendahkan, dan selepas itu Bayern dibocori.
Rumusan
Tewas di tempat sendiri bukan perkara yang mudah untuk Bayern Munich kembali bangkit. Namun di dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.
Ia pasti perlawanan yang menarik untuk disaksikan di Parc des Princess selepas ini.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak eropah: