‘Baik Bantu Rakyat Susah’ – Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak FC

Saarani Mohamad Kerajaan Negeri Perak

“Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira, tapi kalau saya bantu mereka [pemain Perak] sampai RM40,000, RM50,000 sebulan malahan jurulatih RM180,000 sebulan, ini tidak adil.”

Itulah kata-kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengenai tuduhan netizen yang mengatakan beliau tidak bersimpati dengan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Perak selama dua bulan.

Menurut ADUN Kota Tampan itu dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia, kerajaan negeri telah pun mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan tidak mampu untuk terus membiayai keseluruhan perbelanjaan sehingga penghujung musim.

“Saya faham, saya tengok dalam Facebook ramai menyalahkan saya seolah-oleh saya tak peduli masalah gaji pemain namun terus terang saya katakan kerajaan negeri sudah berbelanja RM4 juta menggunakan duit GLC.

“Saya minta maaf kepada peminat Perak, saya sudah membantu RM4 juta. Mereka sudah datang berbincang dengan memberitahu masalah mereka dan saya kata saya hanya boleh membantu seperti mana yang kita telah beri,”

Tambah Saarani lagi, peruntukan beliau selaku menteri besar adalah sebanyak RM20 juta dan tidak adil untuk menjadikan bola sepak sebagai agihan terbanyak sedangkan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk perkara lain seperti pembangunan usahawan dan golongan miskin.

“Mereka sudah kerap kali mengadakan perbincangan kerana saya mempunyai exco sukan dan saya kata saya sudah bantu setakat yang mampu,” ujarnya lagi.

“Peruntukkan yang ada kita kena beri kepada sasaran yang betul untuk membantu lebih ramai rakyat yang susah.”

Isu tunggakan gaji Perak turut disuarakan oleh penyerangnya Guilherme De Paula yang memberikan isyarat tangan ketika meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang UiTM pada Rabu.

Kredit Foto: FB Saarani Mohamad

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

De Paula Beri Isyarat ‘Sangkut’ 2 Bulan Gaji Ketika Raikan Jaringan?

Produk Akademi Southampton, Stuart Wilkin Sah Jadi Milik JDT

Tomas Trucha: Saya Gembira Dengan ‘Attitude’ Pemain Penang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN