Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menolak perbandingan pihak media impak penyerangnya dengan era Marlon Alex James dan Ken Ilso.
Kedah telah menggunakan dua penyerang import, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman dalam dua musim terkini dan impaknya dilihat masih belum mencapai tahap seperti dua pemain tersebut yang digunakan sebagai penyerang tunggal pada era mereka.
Lagenda Kedah, Marlon Alex James diketahui sentuhan berbisanya bersama skuad Kedah yang mencipta musim Double Treble pada musim 2007/08. Untuk dua musim, Marlon mencetak 43 gol dalam saingan liga selain 89 gol dalam semua pertandingan.
Marlon Alex James Cipta Reputasi Gah Di Sebalik ‘Double Treble’ Kedah – https://t.co/mnZWOE9ffX pic.twitter.com/amB4SieWA4
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 12, 2017
Untuk Ken Ilso yang juga merupakan penyerang tunggal di eranya berjaya meledak 15 gol dalam saingan liga dan 25 gol keseluruhannya dalam semusim bersama Kedah pada 2017. Walaupun hanya semusim, impak yang ditinggalkannya amat kuat.
Jadi, apabila Kedah menggunakan khidmat dua penyerang import bermula pada musim lalu, para penyokong tentunya mengharapkan impak berganda. Manakan tidak, kedua-duanya adalah penyerang berbisa dalam saingan Liga Malaysia sebelum itu.
Kipre Tchetche menyerlah bersama Terengganu FC, sementara Kpah Sherman pula merupakan peledak berbisa MISC-MIFA FC (kini PJ City FC) dan PKNS FC (Selangor 2). Kedua-duanya memiliki rekod jaringan yang baik bersama pasukan mereka.
Musim lalu, Aidil Sharin dilihat mula mengubah posisi Kipre Tchetche ke bahagian kiri jentera serangan Kedah dalam formasi 4-3-3 dan ia diteruskan pada musim ini. Kpah Sherman sentiasa menjadi sandaran selaku targetman buat skuad Hijau Kuning.
Bahagian kanan yang sebelum ini sering kali disandarkan kepada pemain tempatan, sama ada Azamuddin Akil ataupun Faizat Ghazli dilihat berubah musim ini dengan kehadiran pemain import yang tak kurang hebatnya bersama UiTM FC, Rabih Ataya.
Menurut Aidil Sharin selepas menyaksikan skuadnya merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Sri Pahang 3-1, malam tadi, “Bagi saya yang penting adalah keinginan pemain dan kerja keras untuk meraih kemenangan bersama.”
“Dalam perlawanan, mereka sentiasa fokus. Itu petanda yang baik untuk kedua-dua penyerang dan pemain yang menggantikan mereka juga buat tugas dengan baik.
“Kami tidak terlalu memikirkan tentang pemain yang akan diturunkan. Mereka saling membantu antara mereka. Bagi saya itu sangat penting. Sebagai contoh apabila Renan Alves tercedera, kami masih ada Amirul Hisyam,” tegas Aidil Sharin mengenainya.
Liga Super: Baddrol Bakhtiar Julang Kedah Sekali Lagi, Atasi Sri Pahang Di Alor Setar https://t.co/LO2FH1VXrA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 2, 2021
“Jadi, kami mahu semua pemain terlibat sama dalam pasukan dan bekerja keras,” tambahnya sambil menyatakan kegembiraannya berjaya mengatasi Sri Pahang dalam perlawanan yang sukar walaupun berkelebihan seorang pemain lebih sejam aksi.
Apa yang Aidil Sharin mahukan adalah, Kedah di bawah kendaliannya bukanlah mengenai individu-individu tertentu kerana segalanya mampu dicapai dengan kerja berpasukan tidak kira mereka adalah pemain utama ataupun pemain simpanan.
Dalam aksi malam tadi, gol-gol Kedah diledakkan oleh Baddrol Bakhtiar dengan dua gol peribadi dan satu gol hasil jaringan Kpah Sherman – jaringan ke-4 peribadinya. Gol saguhati buat Sri Pahang adalah menerusi Nur Izzat Che Awang di babak pertama.
Kemenangan ke-4 Kedah itu membantu mereka melonjak ke kedudukan kedua liga dengan 13 mata. Ia juga kemenangan ketiga berturut-turut mereka dan mengekalkan rekod bersih, menang semua perlawanan di gelanggang sendiri dalam tiga aksi.
KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC & MFL
Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman FC:
Anumanthan Mohan, Rabih Ataya Bakal ‘Suntik’ Perubahan Di Kedah
Ini Komen Aidil Sharin Tentang Prestasi Baddrol Bakhtiar Yang ‘Dikritik’