Kurang 100 hari lagi menjelang sepak mula kejohanan Euro 2020, syarikat pengeluar utama sukan dunia berpengkalan di Jerman, adidas memperkenalkan rekaan terbaru jersi away enam skuad kebangsaan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Antara pasukan yang akan mendapat sentuhan terkini daripada adidas kali ini termasuklah beberapa pasukan pilihan dan gergasi eropah seperti Jerman, Sepanyol dan Belgium.
Seperti kebiasaan, setiap kali rekaan jersi baharu diperkenalkan, ia akan mendapat sambutan hangat. Pengenalan rekaan baharu ini juga sememangnya bertujuan untuk menghangatkan lagi suasana kejohanan pada musim panas nanti – selepas setahun tertangguh akibat penularan wabak coronavirus pada tahun lalu.
Berikut kami kongsikan konsep dan corak rekaan enam jersi tersebut.
Belgium
AFK Shirt 👕
Belgium resmi memperkenalkan Jersey away mereka untuk Euro 2021🇧🇪. pic.twitter.com/3Wwv2H5QZZ
— Hannnnn (@OctaHannnnn) September 3, 2020
Jersi away Belgium untuk Euro 2020 sebenarnya diperkenalkan pada tahun lalu lagi. Mempunyai corak kelabu dengan rekaan Condivo 20 terkenal adidas, warna jalur yang menjadi lambang kepada adidas didatangkan dengan warna merah di bahu.
Di bahagian hujung lengan dua jalur hitam dan merah yang sinonim dengan warna kebangsaan negara tersebut turu terserlah.
Jerman
Germany’s Euro 2021 away jersey is absolutely stunning.
😍😍😍 pic.twitter.com/TswEeDpSqo
— Micky Green’s Tips (@_MickyGreenTips) March 23, 2021
Hitam sentiasa melambangkan keunggulan. Demikianlah yang mahu ditampilkan oleh skuad Die Mannschaft pada jersi away mereka pada kejohanan Euro 2020.
Logo adidas, dan lambang Persatuan Bola Sepak Jerman turut tampil dengan warna kelabu hitam. Di bahagian pergelangan lengan terdapat rekaan seakan lipatan hitam, merah, dan kuning yang membawa simbol bendera Jerman. Pasti akan menjadi antara jersi paling laku di pasaran.
Hungary
Jersi away Hungary pula didatangkan dengan warna serba putih dengan bahagian sisi berwarna hijau tua sehingga ke bahagian bawah.
Jalur adidas pula didatangkan dengan warna merah. Rekaan ini tampak simple, tetapi sedap mata memandang.
Rusia
The new Russia away kit by Adidas
The stripes will probably be broken on the player shirt like the 2008 home
What do you think? pic.twitter.com/MINHFlFFUR
— Vintage Football Shirts (@VFshirts) March 23, 2021
Seperti Hungary, jersi away Rusia juga didatangkan dengan warna serba putih dengan jalur biru dan merah melintang di bahagan dada. Corak melintang biru dan merah juga terdapat di bahagian lengan jersi ini.
Sekali pandang, ia seolah-olah mengambil inspirasi dari jersi yang Rusia gunakan di kejohanan Euro 2008 keluaran Nike.
Sepanyol
Spain’s new away kit! Modelled by Thiago 🇪🇸⚪️ pic.twitter.com/bN7eIvbNTL
— Belinder (@_bubblxs) March 23, 2021
Seperti Belgium, jersi Sepanyol juga memiliki rekaan berunsur warna kelabu. Logo adidas dan lambang persatuan turut didatangkan dengan warna merah.
Manakala di bahagian lengan warna bendera Sepanyol menjadi pilihan.
Sweden
Didatangkan dengan warna dominan biru gelap, jersi Sweden turut menampilkan jalur berwarna kuning pada bahagia hadapan dan lengan.
Jersi ini akan digunakan buat kali pertama di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 membabitkan pasukan Sweden pada minggu ini.
Penutup
Kejohanan Euro 2020 membabitkan 24 pasukan dengan setiap empat pasukan akan dibahagikan kepada enam kumpulan.
Kejohanan yang sudah lama dinanti-nantikan ini akan bermula pada 11 Jun hadapan dengan perlawanan pembukaan dijadualkan di Stadio Olimpico, Rom.
Perlawanan akhir kejohanan pula akan diadakan di Stadium Wembley pada 11 Jun akan datang. Jersi pasuakan manakah yang paling menarik perhatian anda kali ini?
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
FA Norway Luluskan Cadangan Gaji Sama Rata Pemain Kebangsaan Lelaki Dan Wanita
Sebelas Pemain Buangan UEFA Yang Lebih Hebat Daripada Steven Gerrard
Southgate Rasa Bersalah Terpaksa Ketepikan Patrick Bamford Wakili England