86 peratus dari kalangan penyokong Valencia percaya Peter Lim sedang melakukan persiapan untuk menjual kelab Sepanyol itu kepada pemilik baharu selepas perubahan besar terhadap barisan pemain dan jurulatih yang dilakukan pada musim panas lalu.
Peratusan penyokong yang percaya usahawan Singapura itu akan melepaskan Valencia adalah berdasarkan satu kajian ringkas yang dilakukan oleh akhbar Sepanyol, Marca, membabitkan 15,000 penyokong kelab tersebut sejak Oktober lalu.
Laporan oleh Marca selepas itu termasuklah kemungkinan minat dari jutawan Andrea Radrizziani yang juga merupakan pemilik Leeds United.
"El Valencia languidece por el mezquino proyecto de Peter Lim" ✍️ https://t.co/GdmZu3xrX6 La opinión de @FAlvarezPedrosa
— MARCA (@marca) January 28, 2021
Valencia kini menduduki kedudukan ke-14 La Liga selepas melalui 25 perlawanan dengan 27 mata. Penghijrahan bekas kelab Dani Parejo dan Francis Coquelin ke Villareal, selain Ferran Torres ke Manchester Citu dan Rodrigo Moreno ke Leeds selepas pemecatan mengejutkan Marcelino pada September 2019 dipercayai sebagai punca kemerosotan kelab tersebut.
Keputusan membenarkan Cristiano Piccini ke Atalanta secara pinjaman dan kegagalan kelab melajutkan kontrak Ezequeil Garay, dan Jaume Costa serta Alessandro Florenzi secara pinjaman turut tidak membantu situasi di dalam pasukan.
El príncipe de Johor, amigo de Peter Lim, abre la 'puja al alza' por el Valencia: 408 millones de euros https://t.co/SW7oCexSW7
— MARCA (@marca) March 1, 2021
Kedudukan kewangan semasa Los Che juga parah, dan kelab tersebut dipercayai terpaksa beroperasi dengan kos 40% kurang dari apa yang mereka belanjakan sebelum ini.
Terbaru pemilik kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) diura-urakan bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia.
Menerusi Story dalam akaun Instagram miliknya, TMJ seolah-oleh memberi beberapa petunjuk yang beliau mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan.
Jorge Mendes, Mourinho, Peter Kenyon, Peter Lim(Owner of Valencia) & TMJ(Crown Prince of state of Johor, Malaysia). pic.twitter.com/mKMox9pUY9
— Wicky (@Wicknes007) February 24, 2016
Kemungkinan itu tidak boleh disangkal mengambil kira pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.
Ini bukan kali pertama TMJ dikaitkan dengan pemilikan kelab La Liga itu. Kali pertama timbul spekulasi TMJ berminat untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin.
Sekiranya pengambil alihan Valencia itu menjadi kenyataan, beliau akan mengikut jejak beberapa ahli perniagaan di negara ini yang memegang pemilikan kelab di Eropah seperti Tan Sri Vincent Tan (Cardiff City, KV Kortrijk), Tan Sri Tony Fernandes (Queen Park Rangers) dan Datuk Dr. Nordin Ahmad (FC Bari).
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai TMJ:
Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?
Membaca Pemikiran TMJ Tentang Globalisasi Dalam Bola Sepak Dan Kepentingan Pertambahan Divisyen