Ejen bola sepak yang penuh dengan kontroversi, Mino Raiola berasakan yang dirinya tidak hairan dianggap sebagai ‘orang jahat’ dalam industri bola sepak.
Beliau yang merupakan ejen kepada pemain-pemain ternama seperti Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic serta Erling Haaland ini sering dianggap sebagai toksik kepada bola sepak terutamanya dalam hal melibatkan Pogba.
Raiola bertindak menjadi tok dalang kepada beberapa perpindahan dengan nilai yang besar sering kali dianggap sebagai tamak dan beliau melihat situasi itu sebagai tidak adil baginya.
“Ianya tidak elok untuk sentiasa mendengar tanggapan yang salah,” kata Raiola kepada BBC Sport.
Walaupun beliau hanya memekakkan saja telinga, namun Raiola tetap terganggu dengan apa yang diperkatakan oleh orang luar mengenai dirinya.
“Tipulah kalau saya tak terasa terganggu dengan apa yang dikatakan, macam mana orang boleh nilai saya sama ada saya adalah ejen yang baik atau tidak untuk Ibrahimovic?”
“Orang yang boleh tentukan semua itu adalah Ibrahimovic sendiri.”
Pada Raiola, tugasnya adalah untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk pelanggannya.
Beliau juga turut mengatakan yang dirinya sebagai ejen turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggannya yang orang luar sendiri tidak tahu.
Kewujudan Raiola dalam hidup para pemain jagaanya tidak membuatkan dirinya seperti penumpang dalam karier mereka semua.
Dan kerana itulah, beliau terus bekerja sebagai ejen kerana apa yang difikirkan hanyalah tanggapan pemain jagaannya terhadap dirinya sahaja.
Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Eropah:
3 Kelab Yang Boleh Disertai Dean Henderson Jika Terus Dipinggir Manchester United
5 Kelab Yang Mungkin Jadi Destinasi Sergio Aguero Yang Seterusnya