5 Jenis Latihan Bola Sepak Yang Boleh Anda Lakukan Sendiri Di Rumah

arsenal latihan

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan ramai diantara kita tidak dapat bermain bola sepak akibat larangan kerajaan bukan?

Penulis yakin pasti ramai yang ‘gian’ nak bermain bola. Oleh itu, penulis bagi lima jenis latihan yang anda boleh buat di rumah bagi pastikan skil bola sepak anda tidak berkarat.

1. Latihan sepakan percuma

Latihan mengambil sepakan daripada situasi bola mati boleh dilakukan di rumah. Tetapi ianya memerlukan sedikit ruang untuk melakukannya.

Jika rumah anda mempunyai kawasan halaman yang luas, anda boleh melakukan latihan sepakan percuma dengan meletakkan tiang gol serta beberapa halangan untuk berlatih.

Jika tiada halaman yang cukup luas, anda juga boleh pergi ke taman berdekatan rumah untuk berlatih gaya sepakan percuma ala Juninho Pernambucano atau Lionel Messi.

free kick rumah

2. Baiki sentuhan pertama anda

Sentuhan pertama atau first touch amat penting dalam bola sepak dan di rumah anda boleh tajamkan ia bersendirian.

Caranya mudah saja, ambil empat kon kecil dan bentukkan satu segi empat diantaranya. Anda hanya perlu berdiri tengah-tengah segi empat itu dengan berpaling daripada gol dan menimang bola untuk beberapa kali sebelum melambungkan bola ke udara.

Usai bola turun dari udara, kawal bola tersebut dengan menggunakan sentuhan pertama anda dan lakukan pusingan sebelum merembat bola itu ke dalam gol.

3. Tajamkan kualiti gelecek

Latihan gelecek juga boleh dilakukan secara sendirian dengan menggunakan sebiji bola serta beberapa kon kecil.

dribbling rumah

Ambil dalam 10 kon kecil dan susun dalam dua barisan (5 kon setiap baris) dan lakukan gelecek secara zig-zag dalam tempo yang laju.

Kon itu boleh disusun dengan sekata dalam jarak 15 meter diantara setiap satunya.

4. Latihan kecergasan 4 meter

Anda hanya memerlukan dua kon, sebiji bola dan jarak sejauh empat sahaja untuk melaksanakan latihan kecergasan ini.

Letakkan dua kon tersebut dalam jarak empat meter, kemudian bawa bola dari kon A ke kon B.

Selepas itu, hentikan bola di kon B dan anda perlu berlari semula ke kon A sebelum kembali semula ke kon B untuk mendapatkan balik bola.

5. Tingkatkan ketahanan anda

Ketahanan yang baik mampu menjadikan anda seorang pemain yang mampu mengharungi perlawanan sepenuhnya.

Jadi untuk meningkatkan ketahanan anda, latihan menggunakan basikal senaman atau excercise bike boleh dilakukan dengan jangka masa selama 30 minit hingga satu jam.

Jika anda tidak mempunyai basikal senaman, menggunakan basikal biasa juga sudah memadai.

Mantapkan penguasaan bola anda bersama adidas Superlative Pack!

adidas kini kembali dengan koleksi kasut bola sepak baharu yang diberi nama adidas Superlative Pack yang terdiri daripada PREDATOR FREAK dan COPA SENSE.

adidas predator freak

PREDATOR FREAK direka khusus untuk membantu si pemakai mengawal bola dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Dibangunkan dengan teknologi DEMONSKIN, ianya berfungsi untuk memberikan inovasi kepada prestasi kepada si pemakai menerusi lapisan paku getah (rubber spike) yang ditentukan menerusi teknologi komputer.

PREDATOR FREAK direka dengan diinspirasikan menerusi corak rekaan Predator yang terdahulu seperti 1998 Predator Accelerator dan 2000 Predator Precision. Ia turut diakui antara rekaan terbaik adidas pada masa kini oleh Paul Pogba dan bintang bola sepak wanita – Toni Duggan.

Sementara bagi COPA SENSE pula, tiga inovasi diperkenalkan iaitu teknologi SENSEPODS, TOUCHPODS dan SOFTSTUD.

COPA SENSE direka untuk membentuk sinergi antara kaki si pemakai dengan bola yang dikawal. Oleh itu, setiap ruang-ruang negatif di dalam kasut tersebut akan disingkirkan untuk memberikan rasa yang optimum kepada si pemakai.

Beberapa pemain seperti Paulo Dybala dan Jude Bellingham akan menggunakan COPA SENSE selepas ini.

Dapatkan adidas Superlative Pack anda bermula 23 Februari dengan berkunjung ke kedai adidas berdekatan atau layari laman sesawang adidas.com.my.

Baca juga artikelterkini kami: 

Penjaga Gol Kongsi Tips Selamatkan Sepakan Penalti ‘Terhencot-Hencot’ Bruno Fernandes

Pau Torres Atau David Carmo, Siapa Lebih Layak Ganti Sergio Ramos Di Real Madrid?

‘Perlu Untungkan Dua Pihak’, Barisan Exco KFA Berada Di Belakang Presiden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN