Terima Kasih Ifedayo Olusegun, Perpindahan Manuel Konrad Kini Boleh Dimuktamadkan

Manuel Konrad Selangor FC 2021 Ifedayo

Perpindahan Manuel Konrad dilihat tertangguh agak lama disebabkan Selangor FC perlu menanti Ifedayo Olusegun menyelesaikan terlebih dahulu isu pasportnya.

Nama Manuel Konrad sudah agak lama disebut bakal menyertai Selangor, namun mereka dilihat hanya memiliki baki pemain import untuk kouta Asia. Mungkin sedar akan hal tersebut lebih awal, The Red Giants telah ‘mengarahkan’ penjaring terbanyak Liga Super 2020 itu untuk menyelesaikan urusan pertukaran pasportnya.

Dan apabila segala urusan di Bahrain telah selesai dan Ifedayo kini sudah boleh menggunakan kouta Asia, Selangor bakal mengorak langkah memuktamadkan penyertaan pemain yang pernah beraksi di divisyen 2 dan 3 Jerman itu.

Ifedayo kini miliki pasport Bahrain

Menyertai Selangor sejak musim 2019, Ifedayo yang merupakan warganegara Nigeria itu telah berjaya membantu mereka dengan menghasilkan banyak gol. Untuk dua musim sahaja, beliau telah meledak 24 gol dalam saingan Liga Super.

Ketika bersama Melaka United, penyerang berusia 30 tahun itu juga mempamerkan ‘sentuhan emasnya’ dengan menghasilkan lapan gol dalam sembilan aksinya.

Selangor sudah tentu tidak mahu kehilangan Ifedayo dan dalam masa yang sama mereka mahukan pemain yang diintai mereka untuk kukuhkan pasukan dengan DNA Jerman, Manuel Konrad yang sedang beraksi di 3. Liga, di Jerman.

Keinginan mereka untuk menyuntik DNA Jerman menyaksikan mereka masih memburu Manuel Konrad yang dilihat sesuai dengan apa yang mahu diterapkan.

Dikaitkan ke Selangor sejak Disember lalu

Manuel Konrad pernah beraksi bersama FSV Frankfurt di 2. Bundesliga untuk enam musim dan juga SpVgg Unterhaching serta KFC Uerdingen 05 di 3. Liga.

Pemain yang pernah beraksi untuk skuad Jerman B-20 itu mula dikaitkan dengan Selangor sejak pertengahan Disember lalu, namun mungkin disebabkan isu kouta pemain yang menyaksikan hanya tinggal kouta Asia, segalanya tertangguh buat seketika. Dan peluang untuk Ifedayo memiliki pasport Bahrain dilihat boleh membantu.

Ketiadaan Ifedayo pada awal pra-musim tempohari menyaksikan ramai tertanya-tanya ke mana pemain itu menghilang apabila semua pemain sudah turun berlatih.

Selangor dilihat tenang walaupun penyokong mula mempersoalkan ‘cuti’ yang agak lama diambil oleh pemain itu. Pengendali Selangor, Karsten Neitzel dipetik berkata kepada Astro Arena, beliau sentiasa berhubung dengan Ifedayo.

Manuel Konrad pelengkap DNA Jerman?

Seperti yang disebutkan sejak musim lalu, Selangor mahu menerapkan DNA Jerman ke dalam skuad mereka dan kehadiran Manuel Konrad yang merupakan pemain Jerman, mungkin bakal melancarkan proses penerapan DNA tersebut.

Sebelum ini, Tim Heubach yang pernah beraksi di 2. Bundesliga terlebih dahulu sudah menyertai The Red Giants dan Manuel Konrad kini melengkapkan segalanya.

Walaubagaimanapun, menurut Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner, DNA yang selepas ini akan dikenali sebagai DNA Selangor itu sudah mula ‘disuntik’ ke dalam skuad Selangor 2, Piala Presiden dan juga Piala Belia.

Oleh yang demikian, kehadiran pemain-pemain yang memiliki darah dan pengalaman di Liga Jerman dilihat bakal lebih membantu pemain-pemain skuad utama dan juga skuad muda untuk lebih memahami apa yang bakal diterapkan.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dilihat turut memuat naik ciapan di Twitternya yang menyatakan kini Selangor hanya menanti masa untuk mengesahkan kehadiran Manuel Konrad ke dalam kem Selangor musim depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: DPA

Baca lagi artikel lain mengenai Ifedayo Olusegun dan Selangor FC:

Ifedayo Olusegun Sahkan Sudah Dapatkan Pasport Bahrain, Tapi Kenapa?

Ifedayo: Anugerah Kasut Emas Kejayaan Manis Untuk Dikenang

Feichtenbeiner Anggap Neitzel Calon Tepat Bawa Selangor Ke Peringkat Lebih Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN