Hanya masa sahaja yang menjadi pemisah kepada perpindahan Martin Odegaard dari Real Madrid ke Arsenal.
Beliau yang menjadi nama terhangat dalam spekulasi perpindahan Arsenal pada Januari ini menyaksikan yang pemain itu kini hanya menunggu formaliti sahaja sebelum semuanya menjadi rasmi.
Menurut Fabrizio Romano, potensi Odegaard beraksi di Premier League semakin jelas apabila Real Madrid dan Arsenal bersetuju untuk merealisasikan perpindahan tersebut.
Perpindahan tersebut berlaku secara pinjaman hingga tamat musim ini dengan gaji dibayar sepenuhnya oleh Arsenal.
Semuanya sudah dipersetuju oleh kedua-dua kelab berserta pemain itu sendiri dari segi hal kontrak. Kini hanya ujian perubatan sahaja yang perlu dibuat untuk mengesahkan perpindahan ini.
Menurut Romano, faktor Mikel Arteta memainkan peranan penting mengapa Odegaard memilih Arsenal berbanding pulang semula ke Real Sociedad kerana pengurus itu memilih untuk bercakap terus dengan pemain tersebut.
Martin Ødegaard to Arsenal, here we go! The agreement has been reached after last contacts today between #AFC and Real Madrid. ??
Loan until the end of the season, salary paid by Arsenal. Arteta’s call key to convince the player. Medicals pending – then deal will be announced.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 24, 2021
Dalam masa yang sama, dengan kehadiran Odegaard bermulalah era baharu bagi pemain tengah menyerang The Gunners selepas pemergian Mesut Ozil.
Ozil disahkan sebagai pemain Fenerbache selepas diumumkan kelab tersebut baru-baru ini. Ianya sekaligus menamatkan karier hampir 8 tahun Ozil bersama Arsenal.
HE’S ÖURS NÖW! ? pic.twitter.com/RQfMLotcUj
— Fenerbahçe English (@Fenerbahce_EN) January 24, 2021
Baca juga artikel kami mengenai Martin Odegaard:
Arsenal Jadi Destinasi Pilihan Real Madrid ‘Lepaskan’ Martin Odegaard (semuanyabola.com)
Sesi ‘Pembelajaran’ Dah Tamat, Martin Odegaard Kembali Ke Real Madrid (semuanyabola.com)
Martin Odegaard Sertai Real Sociedad Secara Pinjaman Dari Real Madrid (semuanyabola.com)