11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane

Zinedine Zidane kini telah dilabel sebagai jurulatih dan pengurus yang menutup ruang pemain muda untuk berkembang di Real Madrid

Berikut adalah lapan lagi pemain lain yang turut pernah menerima nasib sama ketika di bawah kendalian Zidane.

Martin Odegaard

Gambar: Pundit Feed

Martin Odegaard adalah mangsa terbaru pemain muda berbakat besar yang ditunjukkan jalan keluar oleh Zinedine Zidane sejak bergelar pengendali Real Madrid.

Pemain muda dari Norway itu memilih untuk mencari haluan lain selepas sukar mendapatkan minit untuk beraksi sejak kembali dari tempoh pinjaman bersama Real Sociedad di mana beliau menyerlah.

Alvaro Morata

Alvaro Morata

Ketika di Real Madrid, Alvara Morata telah melalui antara tempoh terbaik sepanjang kariernya di bawah kendalian Zidane apabila memenangi kejuaraan berganda pada musim 2016-17.

Namun selepas ianya semakin jelas peranan beliau sebagai pemain sokongan kepada Karim Benzema tidak berubah pada musim berikutnya, Real Madrid menjual Morata kepada Chelsea pada nilai €80 juta.

Mateo Kovacic

(Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

Ketika kali pertama bergelar pengurus Real Madrid, Zidane melihat Kovacic sebegai komponen utama pasukan di bahagian tengah.

Kovacic biasanya akan diturunkan sebagai pengganti Luka Modric atau Toni Kroos. Namun demikian kecederaan mengganggu prestasi beliau pada musim berikutnya, dan mengikut jejak langkah Zidane meninggalkan kelab dengan dipinjamkan kepada Chelsea.

Apabila Zidane kembali, pengendali dari Perancis itu boleh sahaja memanggil Kovacic kembali pada permulaan musim 2019/20. Namun Zidane memilih untuk menjadikan perpindahan Kovacic ke kelab London itu dari pinjaman kepada perpindahan tetap.

Theo Hernandez

(Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Hari ini bergelar bek kiri AC Milan, dan Hernandez tidak pernah dihargai sepanjang beliau berada di Estadio Santiago Bernabeu.

Tiba pada musim panas 2017, beliau sukar untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama pilihan Zidane sebelum dipinjamkan ke Real Sociedad ketika ketibaan Julen Lopetegui.

Apabila Zidane kembali, Hernandez pula tidak mengikuti jejak bekas pemain tengah itu. Sebaliknya Hernandez menggunakan kesempatan tersebut untuk menyertai AC Milan dengan nilai €21 juta dan tidak pernah menoleh ke belakang sejak daripada saat itu.

Dani Ceballos

Zidane sentiasa melihat Dani Ceballos sebagai pemain yang tidak diperlukan di dalam skuad Los Blancos.

Pada kali pertama bergelar pengurus, Isco adalah pilihan Zidane. Kali kedua bergelar pengurus, Ceballos dihumban ke bangku pemain simpanan.

Kini Ceballos sudah dua musim beraksi secara pinjaman bersama Arsenal dan beliau lebih percaya peluang untuk beraksi untuk Real Madrid selagi Zidane masih bergelar pengurus hampir tiada.

Brahim Diaz

Zidane selalu berkata beliau amat sukakan pemain tengah menyerang dari Malaga ini, tetapi selalu memberi alasan skuad yang besar dan persaingan telah menghadkan minit perlawanan untuk pemain ini.

Musim lalu Brahum hanya melakukan 10 penampilan. Akhirnya Brahim mencuba nasib bersama AC Milan pada musim ini, dan kini adalah tunjang utama kebangkitan pasukan itu.

Sergio Reguilon

. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Pada permulaan musim lalu Sergio Reguilon sudah menjangkakan lebih banyak masa akan berada di bangku pemain simpanan untuk menunggu peluang dan bersaing dengan Marcelo.

Tetapi Zidane mengejutkan ramai apabila meminta pihak kelab membawa masuk Ferland Mendy. Ini menyebabkan produk akademi Real Madrid itu dipinjamkan kepada Sevilla.

Pada awal musim ini beliau boleh sahaja memilih untuk pulang ke kelab asalnya. Namun Real Madrid memutuskan untuk menjual Reguilon ke Tottenham pada nilai €30 juta.

Marcos Llorente

(Photo by Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images)

Selepas kembali dari Alaves secara pinjaman pada musim panas 2017, Marcos Llorente hanya beraksi dalam 20 perlawanan untuk Zidane pada musim tersebut.

Llorente kemudiannya turut mendapat kepercayaan daripada Santiago Solari. Namun kepulangan Zidane buat kali kedua sekali lagi menghadkan penampilan pemain ini, sebelum dinasihatkan mencari kelab lain.

Pada permulaan musim 2019/20 Llorente berhijrah ke Atletico Madrid dan menghadirkan impak segera kepada seteru setempat Los Blancos itu.

Luka Jovic

Luka Jovic
(Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

Kes Luka Jovic agak pelik. Penyerang ini secara spesifik dipinta oleh Zidane untuk didatangkan ke Real Madrid.

Akur dengan permintaan Zidane, Real Madrid membelanjakan €60 juta untuk pemain tersebut. Malangnya Jovic gagal menyesuaikan diri dan mengakibatkan beliau sukar mendapat minit perlawanan.

Beliau akhirnya kembali ke kelab asal, Eintracht Frankfurt dan anehnya terus memberikan impak segera menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertamanya di Jerman sejak menyertai Rea Madrid pada hujung minggu lalu.

Borja Mayoral

Borja Mayoral diberikan peluang beraksi bersama pasukan utama oleh Zidane pada 2016. Lima tahun kemudian beliau masih kekal bergelar pemain Madrid, tetapi telah dipinjamkan.

Tiba pada ketika yang sama Real Madrid membawa masuk Luka Modric, Mayoral yang merupakan pemain akademi kelab langsung tidak mendapat minit perlawanan.

Beliau beraksi dengan baik bersama Levante pada musim lalu, dan musim ini turut cemerlang bersama Roma.

Achraf Hakimi

Achraf Hakimi kini dikenali sebagai bek pemain bek yang mampu berperanan sebagai pemain sayap di sebelah kanan.

Anehnya, di posisi itulah Real Madrid sering bergelut disebabkan layanan Zidane terhadap Bale, dan pengganti lain seperti Rodrygo juga dianggap muda.

Hakimi sebelum ini beraksi bersama Borussia Dortmund secara pinjaman, sebelum menyertai Inter Milan. Di bawah kendalian Antonio Conte, Hakimi sekali lagi mengingatkan ramai kualiti yang beliau miliki.

Penutup

Berapa ramai lagikah pemain muda yang akan gagal di Real Madrid sepanjang tempoh Zinedine Zidane bergelar pengendali?

Jika senarai di atas dinilai kembali, nama-nama tersebut sepatutnya sudah berada di dalam pasukan utama untuk Real Madrid pada hari ini.

Sebaliknya, Zidane lebih gemar menggunakan pemain yang sudah berusia. Adakah kegagalan Zidane membimbing pemain muda di Real Madrid menjadi sebahagian dari sebab prestasi serba tidak menjadi Los Blancos sejak akhir-akhir ini? Bincangkan.

 

Baca artikel-artikel menarik kami yang lain seperti di bawah:

Kisah 14 Bekas pemain Yang Kembali Menyertai Kelab Sebagai Pengurus

Ketahui 5 Dosa-Dosa Zinedine Zidane Kepada Real Madrid Punca Beliau Harus Dipecat

10 Krisis Yang Dihadapi Zinedine Zidane Sejak Kembali Sertai Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN