Dari Era Shankly Sehingga Gerrard, Siapakah Kapten Paling Berjaya Dalam Sejarah Liverpool?

Kapten Liverpool manakah paling berjaya dalam sejarah kelab Merseyside itu? Kapten manakah yang memiliki sifat kepimpinan terbaik?

Dianggap sebagai salah sebuah kelab bola sepak paling berjaya di England dan Eropah, Liverpool pernah mempunyai 45 kapten sejak kelab bola sepak itu wujud pada 1892.

Andrew Hannah adalah kapten pertama yang membantu mereka menjuarai Liga Lancashire pada 1892-93.

Tidak dinafikan Liverpool pernah memiliki ramai pemimpin yang hebat di dalam pasukan untuk tampil sebagai salah sebuah kuasa bola sepak dunia.

Jordan Henderson adalah kapten pasukan yang membantu menamatkan kemarau penantian 30 tahun kejuaraan Inggeris pada musim lalu, selain kejuaraan Champions League pada musim sebelumnya.

Tetapi siapakah kapten pasukan lain yang turut menyerlah dalam sejarah panjang Liverpool?

Steven Gerrard

Nama Seteven Gerrard pasti akan menjadi nama pertama sebagai kapten yang paling diingati oleh generasi penyokong pada hari ini. Merupakan anak tempatan, Steven Gerrard adalah kapten Liverpool paling berjaya yang dilahirkan di Merseyside.

Di bawah kepimpinan Gerrard, Liverpool menjuarai lima trofi utama. Ini termasuklah kejuaraan Champions League pada musim 2004-05.

Dalam perlawanan tersebut, Gerrard menjaringkan gol pertama untuk kelab berpengkalan di Anfield itu untuk Liverpool bangkit dari ketinggalan 3-0 untuk menewaskan AC Milan melalui penentuan sepakan penalti.

Selepas kejayaan di Istanbul itu, Gerrard kekal sebagai kapten sehingga beliau meninggalkan Liverpool pada 2015. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik pernah Liverpool lahirkan, tiada keraguan lagi Gerrard juga adalah antara kapten terbaik Liverpool pernah saksikan.

Alan Hansen

Hansen adalah salah seorang pemain terbaik yang Liverpool pernah miliki dan menjadi kapten pasukan pada 1985. Di bawah pimpinan Hansen, Liverpool meraih tiga kejuaraan liga, dua Piala FA dan tiga Perisai Komuniti.

Hansen memiliki sifat kepimpinan semulajadi, dan peranan sebagai kapten langsung tidak memberikan tekanan kepada prestasi di atas padang.

Namun demikian, kecedereraan lutut yang dialaminya pada 1990 memaksa beliau untuk bersara dari bola sepak pada 1991.

Selepas memenangi lapan trofi sebagai kapten pasukan, sukar untuk tidak menamakan Alan Hansen sebagai salah seorang kapten terbaik Liverpool pernah miliki sepanjang zaman.

Ron Yeats

Ron Yeats adalah pemain penting pada era pengurus legenda Bill Shankly. Sumbangan Yeats pada era 1960 an adalah amat signifikan buat Liverpool kerana kelab itu sedang berevolusi dari kelab divisyen dua kepada kelab terbaik di England yang kemudiannya menakluk eropah.

Yeats terus menjadi kapten Liverpool selepas didatangkan dari Dundee United pada 1961. Bill Shankly sendiri berpendapat ketibaan pemain ini menjadi titik penting kebangkitan Liverpool di Eropah.

Selepas membantu Liverpool memenangi promosi pada 1961-62, beliau terus memimpin The Reds untuk memenangi deretan trofi lain sepanjang tempoh sedekat.

Berjaya menamatkan kemarau 17 tahun kejuaraan Divisyen 1 Liga Inggeris, Yeats menyumbangkan lapan trofi utama sehingga 1970.

Graeme Souness

Seorang lagi bintang dari Scotland yang menyertai Liverpool pada 1978 dan menjadi pemain utama kelab. Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai kapten pasukan.

Di bawah pimpinan Souness, Liverpool menjuarai tiga kejuaraan liga secara berturut-turut, dan Piala Liga. Souness turut membantu Liverpool menjuarai treble pertama Liverpool pada 1983-84.

Secara keseluruhan Liverpool telah memenangi lapan kejuaraan ketika Souness bergelar kapten. Souness hanya bergelar kapten Liverpool selama tiga tahun.

Namun dengan jumlah kejuaraan yang dimenangi, ia sudah cukup untuk menjadikan beliau sebagai salah seorang kapten Liverpool yang paling berjaya.

Emlyn Hughes

Emlyn Hughes adalah pemain pertahanan terbaik yang England pernah miliki, dan menyertai Liverpool pada 1967.

Pada 1973, kapten Liverpool pada ketika itu meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengurus pasukan, Bill Shankly kerana tidak disenaraikan di dalam skuad untuk perlawanan.

Akibatnya, Shankly mengugurkan Smith dari jawatan kapten, dan melantik Hughes sebagai penganti. Hughes bergelar kapten selama lima tahun dan memimpin kelab untuk memenangi beberapa kejuaraan utama.

Antaranya ialah dua kejuaraan Piala Eropah pada 1976-77 dan pada musim 1977-78. Liverpool turut bergelar juara liga sebanyak tiga kali ketika Hughes bergelar kapten.

Secara keseluruhan Liverpool memenangi 11 trofi di bawah pimpinan Huges. Maka adil untuk kita mengatakan Emlyn Hughes adalah kapten Liverpool paling berjaya di dalam sejarah.

Penutup

Kami percaya anda boleh menamakan lebih ramai kapten Liverpool. Sami Hypia misalnya memimin Liverpool menjuarai Piala UEFA dan Piala FA pada musim 2000-01.

Begitu juga nama-nama lain seperti Ian Rush, Phil Thompson, dan Mark Wright yang mempunyai kejayaan masing-masing selaku kapten. Malah Jordan Henderson turut tidak terkecuali untuk berada di dalam senarai kapten legenda Liverpool selepas bersara sebagai pemain suatu hari nanti.

Baca artikel menarik kami yang lain di pautan:

Sejarah Hitam Liverpool & Man United Terlibat Skandal Yang Mengemparkan Dunia Bola Sepak

Menjejak Mohammad Ghaddar, Bintang Lebanon Kebanggaan Kelantan Yang Terpaksa Dilepaskan Kerana Hutang

Penyokong Liverpool Cadang Pasang Banner Penghargaan Di Anfield Buat Marcus Rashford

9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN