Perancangan Asal MFL Masih Kekal, Liga M Tetap Bermula 26 Februari

Liga M

Pengalaman pada musim lalu menjadi panduan buat Malaysian Football League (MFL) untuk bersedia dengan segala kemungkinan mengenai perjalanan Liga Malaysia (Liga M) 2021 termasuk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selepas 26 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, MFL sudah ada langkah-langkah tertentu jika keadaan ini berterusan bagi memastikan semua pertandingan di Liga Malaysia 2021 dapat berlangsung seperti dirancang.

Namun, memandangkan tempoh pelaksanaan PKP buat masa ini hanya selama dua minggu iaitu dari 13 ke 26 Januari ini, beliau menegaskan perancangan asal Liga Malaysia masih kekal iaitu memulakan saingan pada 26 Februari.

“ MFL menerima langkah kerajaan dalam melaksanakan PKP bagi negeri-negeri tertentu kerana indeks kes COVID-19 yang semakin tinggi dan kami faham akan keperluan berkenaan.

“ Sememangnya besar harapan kami agar PKP ini tidak berpanjangan kerana kalendar Liga Malaysia telah dikeluarkan termasuk piala-piala tertentu bagi memastikan musim 2021 lebih lancar dan teratur.

“ Bagaimanapun, MFL sudah ada pengalaman pada musim 2020 dan kita ada langkah-langkah tertentu jika situasi ini berpanjangan atau ada masalah sebagainya.

“ Cuma buat masa ini perancangan MFL masih kekal dengan kalendar sedia ada kerana situasi sekarang masih di peringkat awal memandangkan kita masih di bulan Januari berbanding sebelum ini PKP yang dilaksanakan pada Mac.

“ Jika PKP ditarik balik pada 26 Januari, maka semua pasukan mempunyai masa yang cukup mengadakan persiapan pra-musim bagi hadapi liga yang akan bermula dengan Piala Sumbangsih pada 26 Februari, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Isnin lalu, kerajaan menerusi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan.

Beliau berkata, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

Pelaksanaan PKP itu bermakna sebarang aktiviti seperti sukan berkumpulan yang membabitkan latihan dan perlawanan bola sepak, tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini.

Sementara itu, Ghani meminta kerjasama semua pasukan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang musim ini agar memastikan Liga M dapat berlangsung tanpa sebarang masalah jika sudah mendapat lampu hijau dari kerajaan.

“ Pasukan-pasukan termasuk pegawai dan pemain diharapkan sentiasa menjaga SOP dan keselamatan masing-masing kerana kita semua punyai tugas tersendiri.

“ Kita harapkan liga pada 2021 dapat berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah yang membabitkan COVID-19 membabitkan sebarang pasukan seperti mana kita lakukan pada musim 2020, ” tambah Ab Ghani lagi.

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga Malaysia:

MFL Umum Kalendar Liga Malaysia 2021

MFL Beri Jaminan Selesaikan Bayaran Pengulas Liga Malaysia

CIMB, AirAsia Ucap Selamat Tinggal Buat Saingan Liga Malaysia 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN