Pemain tengah Chelsea yang sedang meningkat naik, Billy Gilmour menjadikan Cesc Fabregas sebagai model ikutannya dalam usaha memantapkan aksi dan mahu mengambil sedikit ilham daripada corak permainan pemain kelahiran Sepanyol itu.
Kagum dengan aksi ditampilkan Fabregas, Gilmour turut mengakui pemenang dua trofi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea itu merupakan sumber inspirasi buatnya dalam menjadi pemain tengah yang baik pada ketika ini.
Pernah beraksi bersama Arsenal, Barcelona, Chelsea dan kini Monaco, tidak keterlaluan untuk mengatakan Fabregas merupakan antara perancang kreatif terbaik dalam kancah bola sepak era moden ini.
Gilmour juga beruntung kerana sewaktu di Akademi Chelsea, Fabregas masih lagi merupakan pemain bagi skuad The Blues dan sudah pasti beliau pernah memberikan nasihat atau tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda kelab tersebut.
”Apabila saya menonton aksi Cesc, segalanya adalah berkisar dengan hantaran ke depannya mencari penyerang, sama ada menggunakan hantaran lambung atau hantaran lolos yang mudah.”
”Dia adalah antara yang terbaik dalam melakukan perkara tersebut, terutamanya ketika bersama Chelsea,” ujar Gilmour menurut laporan Goal.
”Saya mahu menambah lebih banyak aspek tersebut dalam permainan saya sendiri, tetapi apa yang jadi keutamaan daripada semua itu ialah anda perlu menyedari apa yang ada di sekeliling anda.”
”Dia sering bercakap kepada pemain muda kerana dia selalu ada di sini [ketika bersama Chelsea] tetapi adalah sesuatu yang bagus apabila anda melihat seorang pemain tengah yang hebat gemar memberikan komen terhadap aksi yang telah anda pamerkan.”
Kredit featured image: Marc Atkins/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Billy Gilmour dan Fabregas:
Cesc Fabregas Sentiasa Bersedia Untuk Bantu Pemain Muda Chelsea Menangani Tekanan