Pengurus Fenerbahce Dedahkan Situasi Ozil Akan Jelas Dalam Beberapa Hari Lagi

Fenerbahce Ozil

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kelab Liga Super Turki, Fenerbahce menjadi antara pasukan yang dikaitkan untuk menandatangani pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil pada jendela perpindahan Januari ini.

Terdapat juga laporan media Jerman mengatakan pemain berusia 32 tahun itu sudah pun memeterai perjanjian bagi menyertai kelab yang berpengkalan di Istanbul itu tetapi pengurus pasukan, Erol Bulut masih enggan mengesahkan perkara tersebut.

Ozil sememangnya ingin memilih haluan baharu dalam kariernya selepas beliau langsung tidak pernah beraksi sebaik sahaja saingan liga kembali bersambung pada Jun tahun lalu.

Lebih parah untuk diperkatakan dan jelas membuatkan para peminat The Gunners berang, musim baharu ini menyaksikan Mikel Arteta langsung tidak mendaftarkan Ozil dalam skuad Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa.

Atas apa jua alasan diberikan oleh Arteta, pemenang Piala Dunia 2014 itu perlu melangkah pergi bagi meninggalkan kelab yang diwakilinya sejak musim 2013/14 itu.

”Situasi melibatkan Mesut Ozil akan menjadi perkara yang jelas dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi,” ujar Erol Bulut menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Nama Mesut sering diperkatakan pada ketika ini. Tidak mungkin saya akan memberikan sebarang komen sebelum dia tiba di sini.”

Selain Fenerbahce, Ozil juga sebelum ini telah dikaitkan dengan pasukan saingan Major League Soccer (MLS), DC United dan gergasi bola sepak Itali, Juventus.

Sepanjang bersama Arsenal, Ozil telah menjaringkan 33 gol dan mencipa 58 bantuan jaringan dalam 184 penampilan Liga Perdana Inggeris.

Kredit featured image: James Williamson – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Peluang Untuk Kembali ‘Bernyawa’, Fenerbahce Usaha Dapatkan Ozil Januari Ini

Kerja Baharu Ozil: Penasihat Strategi Syarikat Pelaburan Class 5 Global

DC United, Juventus Atau Fenerbahce Destinasi Pilihan Ozil?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN