Alexandre Lacazette sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal menewaskan West Bromwich Albion 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi tadi.
Ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut buat skuad kendalian Mikel Arteta dan mengakhiri prestasi buruk yang dialami mereka sebelum ini.
Dalam aksi yang berlangsung dalam keadaan salji yang turun dengan lebat itu, Kieran Tierney meletakkan pasukan pelawat itu di depan pada minit ke-23 dengan gol menerusi rembatan kaki kanannya selepas membuat gerakan solo yang juga merupakan gol pertamanya musim ini.
Martin Keown on Kieran Tierney: "He warmed up in a t-shirt and scored a wonderful goal in the snow. He's in a hurry to make his mark at Arsenal Football Club and boy he's done it tonight." pic.twitter.com/tSlkXnStnB
— AFTV (@AFTVMedia) January 2, 2021
Lima minit kemudian, pemain muda Bukayo Saka menggandakan kelebihan buat The Gunners hasil dari gerakan berpasukan.
Selepas satu jam perlawanan berlangsung, Lacazette menjadikan kedudukan 3-0 dan menambah gol terakhir pasukannya empat minit kemudian.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Arteta mengatakan ia merupakan kemenangan yang agak sukar dengan keadaan cuaca yang tidak begitu baik, namun baginya Arsenal kini sudah melepaskan ‘brek tangan’ yang menghalang mereka sebelum ini.
Goodnight, Gooners! 😴 pic.twitter.com/kddgjhOPqX
— Arsenal (@Arsenal) January 3, 2021
“Kini saya merasakan kami sudah cukup baik dari kedua-dua sudut bertahan dan menyerang. Dalam fasa menyerang, pemain ini melakukan apa yang saya mahu, seperti mana yang telah kami lakukan ketika latihan,” ujar jurulatih berusia 38 tahun itu.
“Walaupun ada ketikanya kami dilihat agak ‘longgar’, secara umumnya ia akan diperbaiki, namun misi mendapatkan kemenangan hari ini telah tercapai.”
Arteta turut memuji impak yang dijelmakan Tierney yang meneruskan prestasi cemerlangnya sejak kebelakangan ini walaupun pernah bergelut dengan kecederaan jangka panjang setelah menyertai kelab utara London itu.
4 – Arsenal's 4-0 victory against West Brom was their biggest margin of victory in a competitive away game under Mikel Arteta. Strides. pic.twitter.com/35TGoAqilU
— OptaJoe (@OptaJoe) January 2, 2021
Arsenal kini memperbaiki kedudukan mereka untuk naik ke tangga ke-11 dalam carta EPL. Mereka dijadualkan berdepan Newcastle United dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada 10 Januari ini.
Januari ini mungkin akan menjadi bulan yang sibuk buat Arteta kerana sudah pun mendedahkan akan membawa masuk pemain baharu yang dapat membantunya memperbaiki pasukan dalam beberapa aspek.
Dalam perkembangan lain, pasukan jiran setempat, Tottenham Hotspur turut meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Leeds United hasil jaringan Haryy Kane, Heung Min-Son dan Toby Alderweirald.
Saksikan sorotan perlawanan di antara West Brom dan Arsenal di sini:
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:
3 Pemain Arsenal Yang Mungkin ‘Disingkirkan’ Arteta Januari Ini
Ray Parlour: Arsenal Hanya Mampu Tamatkan Saingan Di Tangga Keenam
2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal