Peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) telah dihidangkan dengan pelbagai kejutan dan keunikan pada musim ini. Selepas menghampiri separuh musim, tiada pasukan yang benar-benar dominan untuk muncul juara.
Malah agak sukar untuk menjangkakan pasukan mana yang akan menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan terbaik kerana beberapa pasukan bukan pillihan mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan.
Ketika ini dalam carta liga, hanya dua kelab ‘enam besar’ yang menghuni kedudukan empat pasukan teratas iaitu Liverpool yang mendahului dengan 33 mata dan Manchester United yang mengumpul jumlah mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Liverpool's draw tonight means no Premier League team can reach 100 points this season 💯 pic.twitter.com/hkc9Wh9YPo
— GOAL (@goal) December 30, 2020
Ianya tentulah dibantu oleh faktor peningkatan ketara penyerang pasukan-pasukan ‘underdog’ yang telah menunjukkan peningkatan ketara sejak akhir-akhir ini.
Dominic Calvert Lewin
Prestasi penyerang berusia 23 tahun ini meningkat secara mendadak terutamanya sejak Carlo Ancelotti mengambil alih tugasan pengurus di Everton pada musim lepas dan pastinya tahun 2020 menjadi kenangan yang cukup manis untuknya.
Musim ini Calvert-Lewin beraksi dalam semua 16 perlawanan EPL dan telah pun mencetak 11 gol. Selain itu beliau turut menjaringkan tiga gol dalam saingan Piala Carabao sebelum pasukannya terkandas di suku akhir setelah tewas kepada Manchester United.
Perkembangan tersebut membuatkan pengurus England Gareth Saouthgate semakin ‘pening’ untuk memilih penyerang untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.
🦁 Dominic Calvert-Lewin scored on his England debut as the Three Lions beat Wales 3-0 pic.twitter.com/AjKaphsEJS
— Premier League (@premierleague) October 8, 2020
Beliau akhirnya dipanggil untuk perlawanan antarabangsa dan menjaringkan gol dalam debutnya untuk membantu England menang 3-0 ke atas Wales dalam aksi persahabatan.
Patrick Bamford
Peribahasa Melayu ada menyebut, gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Bayangkan bagaimanakah perasaan dipinjamkan kepada enam pasukan berbeza sepanjang lima tahun bersama Chelsea sebelum dijual kepada Middlesbrough.
Namun nasibnya berubah setelah ditakdirkan bergabung dengan Marcelo Bielsa di Leeds United dan muncul pemain penting untuk pasukan tersebut sehingga mereka kembali ke EPL dengan menjuarai Liga Kejuaraan pada musim lepas.
10 gol daripada 16 perlawanan EPL The Whites musim ini, pencapaian tersebut pastinya memberi kepuasan kepada Bamford untuk mendiamkan pengkritik yang mengatakan beliau tidak mampu untuk menyerlah dalam saingan sebesar EPL.
💪 Patrick Bamford is just the sixth player in the Premier League to reach double figures this season!
⚽️ 10 goals
🔥 15 appearances👏 He joins Mo Salah, Heung-Min Son, Jamie Vardy, Dominic Calvert-Lewin and Bruno Fernandes.
👇 #LUFC #LeeBur pic.twitter.com/MBqyw4AWWJ
— Sport on Sporting Life (@SLSport_) December 27, 2020
Bagaimanapun masih belum rezeki buatnya untuk disenaraikan bersama skuad senior England. Bamford berpeluang untuk mewakili Ireland kerana datuknya yang berasal dari negara itu.
Beliau pernah mewakili skuad Ireland bawah 18 tahun (B-18) sebelum membuat penampilan bersama skuad Englad B18, B19 dan B21.
Ollie Watkins
Jika ditanya apakah faktor peningkatan prestasi yang agak mendadak Aston Villa pada musim ini, antara jawapannya adalah kerana mereka memperbaiki kesilapan mendapatkan pemain yang salah pada musim lalu.
Bayangkan mereka telah membelanjakan £142 juta (RM760 juta) untuk membeli pemain pada musim 2019/20, namun hasilnya mereka sekadar menamatkan saingan di tangga ke -17 dan nyaris tersingkir dari saingan EPL.
Souness: Mana Hasil Perbelanjaan RM760 Juta Aston Villa Musim Ini? https://t.co/8wnvjdOXxC pic.twitter.com/LipsY2ucqM
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 15, 2020
Musim ini mereka berhasil mendapatkan lima pemain yang telah terbukti ‘serasi’ dan berpengalaman dengan bola sepak Inggeris dan bukannya pemain-pemain dari liga luar.
Mereka membeli bekas pemain sayap Chelsea, Bertrand Traore, pemain bek kanan Matty Cash dari Nottingham Forest dan penjaga gol Emiliano Martinez dari Arsenal selain meminjam Ross Barkey dari Chelsea.
Namun pembelian paling berbaloi mereka adalah Ollie Watkins yang merupakan peledak utama buat Brentford yang hampir layak ke EPL sebelum tewas kepada Fulham dalam perlawanan akhir play-off.
Penyerang kelahiran England berusia 25 tahun itu telah mencetak hatrik ketika Villa memalukan juara bertahan Liverpool dengan keputusan 7-2 selain menjaringkan 2 gol ketika berdepan Arsenal.
🦁🦁🦁
Ollie Watkins is the first player to score a #PL hat-trick 🆚 Liverpool since Dimitar Berbatov in Sept 2010#AVLLIV pic.twitter.com/SIwftXWanl
— Premier League (@premierleague) October 4, 2020
Ia menunjukkan beliau tidak perlu menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan ‘tekanan’ beraksi di peringkat tertinggi seperti EPL.
Penutup
Ketiga-tiga pemain ini adalah penyerang England dan pastinya persaingan untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan terutamanya untuk kejohanan EURO yang akan berlangsung pada pertengahan tahun ini.
Calvert-Lewin, Bamford dan Watkins tentunya sukar untuk mengetapikan beberapa ‘muka lama’ seperti Harry Kane, Jamie Vardy, Danny Ings dan Callum Wilson. Namun dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Kisah Man Utd Menangani Tabiat Minum Coke & Berguling Seperti Anjing Menjengkelkan Ronaldo