Sebelum menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jun 2017, Natxo Insa membantu Levante meraih promosi ke La Liga dengan menjuarai Segunda Division 2016/17.
Selain untuk bersama JDT, beliau kembali ke Malaysia dengan misi untuk menyertai skuad kebangsaan. Beliau layak mewakili skuad Harimau Malaya disebabkan beliau memiliki susur galur Malaysia menerusi neneknya yang lahir di Sabah.
Dalam satu temu bual yang dianjurkan oleh La Liga bersempena pertembungan Levante dan Villareal, bekas rakan sepasukannya, Sergio Postigo berkata yang betapa Granotas bergelut selepas pemergian Natxo Insa sejurus membantu meraih promosi.
Media Sepanyol Sahkan Natxo Insa Bakal Berpindah Ke JDT, Turut Bakal Dinaturalisasi https://t.co/noBpsxQ46g pic.twitter.com/BqxdFIhDuB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 6, 2017
Katanya dalam rancangan tersebut yang turut disertai Natxo Insa, “Ia merupakan musim terbaik [musim 2016/17] dalam segala aspek. Natxo sudah tahu perasaan saya ketika dia meninggalkan pasukan. Dia pemain yang amat penting buat pasukan.”
“Pasukan mula menyedarinya pada musim selepas itu, sangat sukar buat kami untuk mengekalkan tahap sebelumnya. Dia sepatutnya menjadi pemain penting sekali lagi untuk musim tersebut [musim 2017/18],” jelas pertahanan tengah itu lagi.
Tiga musim selepas itu, Levante jelas kurang menjadi. Mereka menamatkan musim di kedudukan ke-15 pada 2017/18 dan 2018/19, sebelum memperbaikinya sedikit di kedudukan ke-12 pada musim 2019/20. Untuk musim ini, selepas 15 perlawanan, Levante sedang berada di kedudukan ke-11 dengan 18 mata.
Levante are giving out free season tickets following their promotion to #LaLiga https://t.co/qhZNX5RN2G pic.twitter.com/x359tv2v9Z
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 2, 2017
Bagi Natxo Insa pula, beliau sentiasa terkenang saat berada di sana ketika membantu kelab tersebut meraih semula promosi ke La Liga selepas jatuh ke Segunda Division untuk semusim. Katanya, “Saya sentiasa terkenang saat berada di Levante.”
“Kami berjaya mencapai sasaran meraih promosi dengan berbaki enam perlawanan, di stadium kami, di hadapan rakan-rakan dan keluarga. Satu kenangan yang tidak akan luput daripada memori saya,” ujarnya yang sudah tampil bersama Harimau Malaya.
“Kami memiliki rakan-rakan sepasukan yang amat menakjubkan sebagai pemain dan juga insan. Kami sangat menikmatinya,” tambah Natxo Insa lagi mengenainya sambil turut menyatakan pengalamannya di sana masih digunakannya bersama JDT.
Beliau juga menunjukkan yang beliau tidak pernah lupakan bekas rakan sepasukannya itu, “Dari jauh, saya mahu sampaikan salam kepada Postigo yang terus mempamerkan profesionalisme sebagaimana ketika saya masih bersama pasukan dahulu.”
KREDIT FEATURED IMAGE: LEVANTE UD
Baca lagi artikel lain mengenai Natxo Insa:
Video: Lihat ‘Flick’ Natxo Insa Untuk ‘Assist’ Diaz Bantu JDT Menang 3-0
Previu Dan Analisis: Mengapa Natxo Insa Adalah Pemain ‘Sepanyol’ Dimaksudkan TMJ
Penyokong JDT Ini Terangkan Impak Perpindahan Natxo Insa Kepada JDT & Malaysia