Selamat Kembali, Gary Lugard!

Gary Lugard Semuanya BOLA

Dalam bola sepak, ketibaan semula bekas pemain yang dahulunya meninggalkan pasukan boleh memberi impak positif. Sebagai peminat bola sepak, kita banyak kali menyaksikan fenomena ini.

Thierry Henry pernah melakukannya di Arsenal pada tahun 2012. Robbie Fowler pulang ke Liverpool pada tahun 2006 untuk memadam rekod Kenny Dalglish sebagai penjaring gol terbanyak kelab sepanjang zaman. Didier Drogba pula melakukannya di Chelsea pada tahun 2014 dan menjulang trofi Premier League keempatnya.

Untuk contoh yang lebih terkini, kita boleh melihat bagaimana Zlatan Ibrahimovic melakukannya di AC Milan. Setahun sebelumnya, kita menyaksikan Mats Hummel pulang ke Borussia Dortmund selepas menjuarai tiga gelaran Bundesliga berturut-turut bersama Bayern Munich.

Bermula tahun 2021, Semuanya BOLA juga bakal mempunyai naratif sama. Ini kerana penulis prolifik Gary Lugard bakal menyertai semula Semuanya BOLA selepas hampir lapan bulan menabur bakti di platform menulis lain.

Gary dan Semuanya BOLA sememangnya sinonim. Bermula dengan artikel pertamanya pada Januari 2017 mengenai sejarah bola sepak negeri kelahirannya Sarawak, Gary telah menghasilkan 2,933 artikel sehingga April 2020.

Seperti syarikat lain, Semuanya BOLA tidak dapat mengelak daripada impak kemelesetan ekonomi akibat wabak COVID-19. Ini menjelaskan sebab mengapa Gary (dan Axello) terpaksa dilepaskan.

Dalam masa lapan bulan tanpa kedua-dua penulis ini, banyak yang berlaku di Semuanya BOLA. Positif dan negatif, semuanya diharung demi kemandirian syarikat.

Dari satu segi, persetujuan Gary untuk meninggalkan Semuanya BOLA mencerminkan karakter beliau sebagai seorang kawan yang sejati. Ia memberi ruang kepada kami untuk membuat penstrukturan dalaman dan masa kepada syarikat untuk pulih dari segi kewangan.

Dengan kewangan syarikat yang kini sedang berada dalam landasan terbaik untuk pulih, 2021 adalah masa paling tepat untuk Gary ‘pulang ke rumahnya’.

Dengan kehadiran Gary, anda akan disajikan dengan penulisan Gary yang berseni dan berfakta. Perspektif sebagai peminat dan bekas pemain bakal memberikan pembaca sisi naratif yang unik dan mempunyai cap mohor Gary.

Dengan bantuan daripada penulis-penulis sedia ada, Semuanya BOLA akan terus memberikan anda kandungan penulisan yang berkualiti – sesuatu yang kami telah lakukan sejak 2014.

Pastikan anda terus menyokong Semuanya BOLA. Like dan follow Facebook Page baharu kami.

Facebook: fb.com/semuanyabolaofficial

Komuniti kami di Telegram juga sedang berkembang. Anda boleh sertai perbincangan tentang isu terkini bola sepak tempatan dan luar negara dengan beribu-ribu lagi peminat di Telegram Group kami:

Telegram: t.me/mysemuanyabola

Ikuti juga perkembangan kami di Instagram dan Twitter:

Instagram: instagram.com/mysemuanyabola

Twitter: twitter.com/mysemuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN