Perdebatan mengenai siapakah di antara David de Gea dan Dean Henderson yang selayaknya mengisi posisi nombor 1 Manchester United terus hangat diperkatakan di media sosial.
Ia susulan kecuaian penjaga gol utama United itu yang gagal menyelamatkan gol ketiga RB Leipzig oleh Justin Kluivert yang menyebabkan pasukannya tewas dan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari.
Prestasi cemerlang Henderson terutamanya ketika dipinjamkan ke Sheffield United sebelum ini pastinya memberi tekanan kepada penjaga gol Sepanyol itu yang jelas gagal beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan pada musim ini.
'David de Gea BOTTLES it. He's scared of getting hurt… he actually makes himself smaller': Paul Scholes slams 'CRIMINAL' goalkeeping which led to RB Leipzig's crucial third and
Scholes also described captain Harry Maguire's defending as 'wooden' for the same goal pic.twitter.com/O9D4QUmb9b
— Lilian Chan (@bestgug) December 9, 2020
Menjelang aksi derbi Manchester pada Sabtu ini, penyokong United mula mendesak Ole Gunnar Solskjaer untuk menggugurkan De Gea dan memberi peluang kepada Henderson untuk mengisi tempat di benteng terakhir pasukan.
Timbul cakap-cakap yang mengatakan keputusan Solskjaer untuk terus mempertahankan penjaga gol berusia 30 tahun itu adalah kerana desakan pihak pengurusan kelab memandangkan statusnya selaku penerima gaji tertinggi di United.
Untuk rekod, De Gea dilaporkan menerima gaji sekitar £350,000 seminggu selepas menandatangani kontrak baharu pada 2019 yang menjadikan beliau antara pemain dengan gaji termahal di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Henderson sends warning to De Gea over Man Utd No.1 spot 💥
“The aim is for me to play football next season and I don’t want to be not playing after last season. Coming off a good season with momentum, it wouldn’t be clever for me to sit around and not play football." pic.twitter.com/LpXW1yhBYN
— GOAL (@goal) September 3, 2020
Ada yang mencadangkan supaya De Gea dijual kepada mana-mana kelab, namun kali terakhir ada pasukan yang benar-benar serius untuk mendapatkannya adalah Real Madrid pada 2015 yang lalu, namun kelab Sepanyol itu sudah pun mendapatkan Thibuat Courtois.
Kini pasukan yang dianggap ‘mampu’ untuk mendapatkannya adalah kelab mewah seperti Paris Saint-Germain (PSG), namun ia tetap bergantung kepada prestasi semasanya.
Beberapa pemerhati bola sepak berpendapat, Solskjaer perlu mengambil keputusan terbaik untuk memastikan pasukannya mampu untuk berkembang dengan watak-watak baharu.
Sebagai contoh, pengurus Chelsea Frank Lampard telah pun mendapatkan penjaga gol baharu Eduoard Mendy yang kini merupakan penjaga gol utama pasukannya walaupun beliau mempunyai Kepa Arrizabalaga yang memegang status sekalu penjaga gol termahal di dunia.
https://twitter.com/marathonbet/status/1334442540452417537?s=20
Mikel Arteta juga telah bertindak mengetepikan Mesut Ozil yang dianggap tidak lagi sesuai dengan falsafah dan taktikal pemainannya walaupun pemain tengah Jerman itu merupakan penerima gaji tertinggi di Arsenal.
Kini segalanya terletak di tangan Solskjaer untuk membuat keputusan terbaik demi memastikan Manchester United mampu untuk bangkit menjadi kuasa besar dalam bola sepak Eropah.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai David de Gea dan Manchester United: