Jika ada seorang pemain yang boleh dijadikan contoh dari segi etika dan komitmen terhadap kerja, Cristiano Ronaldo adalah jawapannya.
Beliau boleh dianggap sebagai pemain yang cukup menjaga prestasi, malah tidak keterlaluan untuk mengatakan yang Ronaldo begitu obses dalam melakukannya.
Maka tidak hairanlah pada usia 35 tahun, Ronaldo masih lagi mampu beraksi pada tahap tertinggi saban minggu.
Malah, perkara ini turut diakui oleh bekas rakan sepasukan beliau iaitu Dimitar Berbatov.
Lazimnya ketika musim perayaan hari Natal, majoriti pemain yang meraikkannya akan menjadi mabuk akibat minum minuman keras yang begitu banyak.
Namun ianya tidak bagi Ronaldo yang tidak meninum walau seteguk minuman keras ketika sambutan perayaan.
“Pada parti sambutan hari Natal, semua pemain nyata sekali menikmati masa mereka tetapi Ronaldo tetap prfoesional.”
“Saya tak pernah nampak beliau minum minuman keras, beliau begitu menjaga dirinya,” kata Berbatov menerusi Football Espana.
Berbatov yang merupakan rakan sepasukan Ronaldo ketika di Manchester United mengatakan berlatih bersamanya ibarat sedang berada dalam perang.
“Berlatih dengan beliau ibarat sedang berada dalam perang kerana saya tidak fikir mengenai perkara lain melainkan untuk menang semuanya termasuklah permainan-permainan kecil.”
“Ronaldo adalah pemain yang menaikkan suasana kompetitif dalam pasukan.”
Baca juga artikel kami mengenai Cristiano Ronaldo:
Cristiano Ronaldo: Saya Tak Pernah Pun Anggap Messi Sebagai Pesaing Saya
Cristiano Ronaldo Hampir Pasti Tidak Beraksi Lawan Barcelona