Ini mungkin khabar yang tidak mahu didengar oleh penyokong Manchester United.
Hal ini kerana, kelab tersebut dijangka tidak akan begitu aktif dalam jendela perpindahan yang akan dibuka pada bulan Januari ini.
Menurut Goal, timbalan pengerusi eksekutif kelab tersebut iaitu Ed Woodward mengatakan ianya bukanlah fokus United untuk mendapatkan pemain baharu untuk pasukan.
Bercakap kepada penyokong dalam satu pertemuan maya di Zoom, Woodward mengatakanka fokus pasukan adalah untuk mencari rentak agar terus konsisten.
“Kami mendapati ada lebih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk kekal konsisten dalam memenangi piala.”
“Tanda-tanda positif telah disaksikan di atas padang dan tempat latihan dan ianya menaikkan semula kepercayaan kami terhadap Ole Gunnar Solskjaer, barisan kejurulatihan serta pemain.”
Dalam masa yang sama, Woodward juga mahu mengingatkan penyokong yang pasukan mereka turut dalam keadaan berhati-hati untuk tidak terlalu banyak berbelanja pada waktu pandemik ini.
“April lalu, saya katakan yang kami mahu kuatkan pasukan sambil kekal disiplin dalam urusan perbelanjaan pada waktu pandemik ini.”
“Saya percaya kami berjaya melakukan itu, dengan pada musim panas lalu kami berjaya mendapatkan jumlah perbelanjaan bersih melebihi €200 juta pada musim panas 2019 dan ianya melebihi mana-mana perolehan daripada pasukan utama Eropah yang lain.”
Manchester United akan bertemu West Ham United di London pada hujung minggu ini dalam aksi Premier League.
Baca juga artike kami mengenai Ed Woodward:
Ed Woodward Diberi Perlindungan Tambahan, Persediaan Hadapi Kemarahan Penyokong United