Faisal Halim, Arif Anwar Sudah Nyatakan Persetujuan Sertai TFC

Faisal Halim

Mohamad Faisal Abdul Halim dan Muhamad Arif Mohamed Anwar dilaporkan telah bersetuju untuk menyarung jersi Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Perkembangan tersebut berhubung masa depan kedua-dua pemain yang beraksi di jentera serangan itu disahkan oleh media tempatan, MyMetro dalam satu laporan dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut sumber tersebut, Faisal dan Arif akan memeterai kontrak bersama TFC selepas kontrak mereka dengan pasukan [musim 2020] tamat.

Faisal Halim yang merupakan pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan sebelum ini beraksi selama empat musim bersama Pahang manakala Arif Anwar pula merupakan penyerang skuad UiTM FC pada musim 2020.

“Ya, saya akui dua penyerang itu sudah berada dalam senarai pemain TFC dalam mengharungi cabaran Liga M musim depan selain Piala AFC.”

“Pemain itu pun sudah setuju untuk menyarung jersi pasukan, jadi selepas kontraknya berakhir dengan pasukan masing-masing, kita akan menandatangani kontrak mereka.”

“Kehadiran dua pemain meningkat naik itu bakal menambah ketajaman di jentera serangan lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam pentas Piala AFC musim depan.”

TFC dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan yang lebih mantap bagi mengharungi musim baharu apabila akan turut bersaing dalam saingan Piala AFC 2021.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu juga dilihat melakukan rombakan besar-besaran terhadap semua pemain import apabila tidak melanjutkan kontrak Sanjar Shaakhmedov, Babacar Diallo, Lee Tuck, Muhammad Faris Ramli dan Dominique Da Sylva.

Kredit featured image: Facebook Pahang FA

Baca artikel lain dari kami mengenai TFC:

Kelayakan CEO Baharu TFC Gembirakan Penyokong Terengganu

TFC Akui Berminat Dapatkan Khidmat Evan Dimas

‘Tobak Ambe Dok Buak Doh’- Penyokong TFC Menyesal Panjat Pagar Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN