Mohammed Suffian: Nama Sri Pahang Dapat Undian Tertinggi Peminat

Sri Pahang

Pengurus skuad Liga Super Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menjelaskan nama Sri Pahang telah mendapat undian tertinggi dalam pertandingan mencipta nama dan logo buat pasukan tersebut.

Menurut sumber dikeluarkan Utusan Malaysia, Suffian menjelaskan Sri Pahang mendapat lebih 2,000 undi, jauh meninggalkan beberapa cadangan nama lain termasuklah Pahang FC dan Darul Makmur yang sekadar mendapat 30 hingga 50 undi sahaja.

Ini bermakna nama yang menjadi pilihan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) dalam usaha melengkapkan pemisahan proses penswastaan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC) itu akan kekal digunakan skuad Tok Gajah bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021.

“Nama Sri Pahang telah mendapat undian terbanyak sepanjang peraduan yang diadakan.”

 

“Sehingga kini saya sahkan nama Sri Pahang tetapi bagi logo, ianya sudah ada pemenang tetapi masih dalam proses ubah suai,” ujar Mohammed Suffian bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, PBNP telah mengumumkan pertandingan mencipta logo dan nama pasukan Pahang musim 2021 yang hanya terbuka kepada penyokong Pahang sahaja (kad pengenalan 06 dan 33).

Dalam perkembangan sama, pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan oleh PBNP itu akan diumumkan dalam masa terdekat .

Pemenang bertuah bagi setiap kategori (sekiranya pemenang yang berbeza) bakal memenangi hadiah berupa wang tunai RM 4000 dan hadiah tambahan yang akan diumumkan.

Kredit featured image: Facebook Pahang FA

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Pahang:

Pahang FC, Mahkota Pahang FC Antara Nama & Logo Terpilih Dalam Senarai Akhir

Pahang Dikhabarkan Bakal Tagih Sentuhan Sergio Aguero

MB Pahang Mahu Jaringan Herold Goulon Dicalonkan Untuk Anugerah PUSKAS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN