Pemergian Hadin Azman Yang Mungkin Tak ‘Ditangisi’ Helang Merah

Kedah playoff ACL 2020 Hadin Azman Kpah Sherman Gaji

Ketika diumumkan kemasukkannya ke kem Kedah untuk musim 2020, reputasi Hadin Azman dijangkakan akan memberikan impak segera di jentera sayap Kedah.

Kemampuannya mengucar-kacirkan benteng lawan dengan larian pantas menyusup masuk dari sebelah kiri mahu digunakan Kedah untuk saingan musim ini. Kedah akan bersaing di pusingan kelayakan dan playoff AFC Champions League terrmasuk juga tiga kejohanan tempatan lain iaitu Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia.

Selepas penghijrahan Syazwan Zainon penghujung musim 2018 ke Selangor, Kedah mempertaruhkan Farhan Roslan dan Fayadh Zulkifli selain pemain import, Edgar Bernhardt untuk posisi tersebut. Untuk musim 2020 yang mencabar, pengendali Aidil Sharin berjaya memikat pemain sepertinya untuk memperkukuhkan pasukan.

Bukanlah mengatakan beliau tidak bagus apabila pemergiannya tidak ditangisi, tetapi disebabkan tiada sebarang lonjakan impak di posisi itu, mungkin pemergiannya akan kurang terasa oleh penyokong Kedah. Sejak perubahan posisi Kipre Tchetche ke posisinya, Hadin Azman sudah mula kurang diperlukan dalam pasukan.

Keberkesanan gandingan dan kesefahaman jitu antara Kipre Tchetche di posisi tersebut bersama Kpah Sherman di posisi serangan memberikan dimensi baharu jentera serangan mereka. Mungkin sehingga ada yang terlupa akan Hadin Azman.

Semalam, laman Facebook Persatuan Bolasepak Kedah, FA Kedah, telah memuat naik ucapan selamat tinggal dan penghargaan buatnya yang telah membantu pasukan meraih kedudukan kedua Liga Super serta turut layak ke saingan Piala AFC 2021.

Memetik kenyataan tersebut, “Jangka masa aksi kompetitif yang singkat seperti mencemburui beliau [Hadin Azman], prestasi turun naik dan kecederaan menghadkan prestasi sebenar ketika bersama Kedah. Keputusan pasukan tidak mudah dengan barisan kejurulatihan mempunyai pelan persediaan pasukan yang berbeza.”

Kemasukkan pemain sayap kanan UiTM FC, Rabih Ataya menunjukkan yang Aidil Sharin akan meletakkan trio gandingan Kipre Tchetche, Kpah Sherman dan Rabih Ataya untuk jentera depan Kedah. Pemain meningkat naik, Fayadh Zulkifli dijangka akan menjadi pemain kedua di belakang Kipre Tchetche jika diperlukan.

Oleh itu, khidmat Hadin Azman yang pada awalnya diramal akan menjadi signing of the season buat Kedah mungkin sudah tidak diperlukan lagi pada musim depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: THE AFC

Baca lagi artikel mengenai Hadin Azman dan Kedah:

Tolak Lamaran Beberapa Pasukan, Hadin Azman Nekad Pilih Kedah

MSL 2020: Jaringan Hadin Azman Buat FELDA United Terduduk

‘Indah Khabar Dari Rupa’ – Pemain-Pemain Kedah Bersuara Mengenai Tunggakan Gaji

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN