Pemain tengah yang kini bergelar ejen bebas, Jack Wilshere tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi menyarung jersi Arsenal sekiranya beliau diberikan peluang kembali ke pangkuan kelab London itu.
Bermula sebagai seorang pemain yang bergelar prospek besar bagi bola sepak England, hari meniti hari menyaksikan awan gelap menyinari kariernya pada ketika ini apabila kontrak Wilshere bersama West Ham United dibatalkan atas persetujuan bersama.
Sehubungan dengan itu, Wilshere yang merasakan beliau masih mampu untuk memberikan sumbangan berkesan mengakui beliau memang ingin untuk kembali ke Stadium Emirates sebagai pemain walaupun sedar ia mungkin hanyalah sekadar mimpi.
Pemain berusia 28 tahun tersebut berjaya menjaringkan 14 gol dan mencipta 30 bantuan jaringan dalam 198 penampilannya dalam semua pertandingan sepanjang 10 tahun bersama kelab yang diwakilinya selama 10 tahun di peringkat senior itu.
Bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya telah mengganggu perkembangan hebat kariernya sehingga menyebabkan beliau terpaksa melangkah pergi meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai West Ham United.
”Dengar sini, apa pun yang terjadi. Saya merupakan ‘seorang’ Arsenal,” ujar Wilshere menurut laporan Goal.
”Bagaimanapun tidak ada apa-apa perkembangan [untuk kembali ke Arsenal]. Saya masih belum bercakap dengan sesiapapun, tetapi itu hanyalah sebuah mimpi.”
”Saya tidak bodoh untuk mengetahui bahawa mungkin tidak ada kemungkinan untuk ia berlaku, tetapi saya merupakan seorang Arsenal.”
”Saya cintakan Arsenal dan ingin melihat kelab ini bermain dengan cukup bagus,” tambah Wilshere lagi.
Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Jack Wilshere:
Jack Wilshere Lakukan Penampilan Penuh Pertama Buat Arsenal Selepas Hampir Tiga Tahun
RASMI: Jack Wilshere Rentas Kota London Untuk Sertai West Ham United
Jack Wilshere: Prospek Masa Depan England Kini Sekadar Penganggur Terhormat