Rooney Berminat Jadi Pengurus Sepenuh Masa Derby County

Wayne Rooney Derby County

Susulan pemecatan Phillip Cocu daripada jawatan Pengurus Derby County tempoh hari, kapten pasukan merangkap jurulatih Wayne Rooney telah pun menyatakan hasratnya untuk mengisi kekosongan tersebut secara sepenuh masa.

Ketika ini bekas penyerang England itu bertindak sebagai jurulatih interim bersama Liam Rosenior, Shay Given dan Justin Walker untuk aksi pada hujung minggu ini menentang Bristol City.

Cocu yang mengambil alih pasukan daripada Frank Lampard pada musim panas tahun lepas membawa Derby menamatkan saingan di kedudukan ke-10 pada musim pertamanya.

Namun beliau berdepan dengan prestasi buruk pada musim ini dengan menduduki dasar liga dengan hanya satu kemenangan dalam 11 perlawanan.

“Saya bukan orang yang bercita-cita tinggi jika saya berada di sini dan saya katakan yang saya tidak berminat dengan tugasan [pengurus] tersebut,” ujar Rooney kepada Sky Sports.

“Saya dan jelaskan banyak kali sejak beberapa tahun lepas yang cita-cita saya adalah ke arah bidang kejurulatihan, terutamanya bila kamu lihat pengurus seperti Steven Gerrard, Lampar dan Scott Parker yang semuanya cemerlang membimmbing pasukan masing-masing.

“Sekarang ini, peluang terhidang untuk kami berempat untuk mencuba dan membimbing pasukan ini selagi mana kami diperlukan.

Ini adalah peluang untuk kami tunjukkan idea yang berbeza yang kami miliki supaya dapat membawa pasukan ini kembali ke landasan yang sepatutnya dengan mencipta identiti baharu di dalam pasukan.

https://twitter.com/NotoriousManc/status/1327667830410633218?s=20

“Kita tengok dalam dua atau tiga perlawanan ini dahulu, jika mendapat keputusan positif, itu akan meletakkan nama saya di kedudukan yang lebih baik untuk mengisi jawatan tersebut [sepenuh masa].”

Bagaimanapun menurut perkembangan semasa, pelantikan pengurus baharu tidak akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan pihak pengurusan kelab yang sedang dalam proses pengambil alihan oleh Derventio Holdings (UK) Limited.

Ia merupakan sebuah konsortium yang berpangkalan di Abu Dhabi yang dimiliki oleh Sheikh Khaled bin Saquer Zayed al Nayhan, iaitu sepupu kepada pemilik Manchester City, Sheikh Mansour.

Pemindahan hak milik itu dilapaorkan akan dimuktamadkan pada penghujung bulan ini kerana sudah pun diluluskan oleh pihak Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wayne Rooney dan Derby County:

Derby County Pecat Cocu, Rooney Sedia Galas Tanggungjawab Ketuai Barisan Kejurulatihan

Wayne Rooney Beri Sokongan Moral Atas Pemilihan Kalvin Phillips

Rooney: Kane Tidak Akan Ambil Masa Yang lama Pecahkan Rekod Saya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN