Nazrulerwan Harap Liga M 2021 Kembali Dengan Kehadiran Penyokong

Nazrulerwan

Ketua jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor mengharapkan agar saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 akan diserikan kembali dengan kehadiran penyokong ke stadium biarpun di dalam jumlah yang kecil.

Beliau beranggapan kempen Liga Malaysia umpama kehilangan penyeri apabila tiada penonton sejak liga kembali bersambung pada Ogos tahun ini dan beliau berharap situasi itu tidak akan berlarutan.

Selain daripada kembali memeriahkan stadium ketika perlawanan berlangsung, kehadiran penyokong juga diakui oleh pengendali berusia 40 tahun itu sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan buat pasukan hasil kutipan tiket.

”Jika kes jangkitan COVID-19 makin menurun, saya harap musim depan secara perlahan-lahan penonton dapat dibenarkan ke stadium, mungkin dalam 5 ke 10 peratus daripada kapasiti stadium pun, sudah dianggap baik.”

”Setidak-tidaknya ada kutipan daripada duit tiket sebagai pendapatan pasukan, namun saya faham semuanya bergantung sejauh mana kebenaran yang akan diberikan oleh kerajaan.”

Nazrul yang merupakan pertahanan kental ketika bergelar pemain turut berpuas hati dengan tempoh persiapan selama tiga bulan diberikan oleh badan penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) sebagai bersesuaian sebelum menghadapi musim 2021.

”Mengenai persiapan, saya rasa enam ke lapan minggu sebenarnya sudah mencukup buat mana-mana pasukan lakukan persiapan menyeluruh dan saya sememangnya gembira apabila melihat kalendar yang dikeluarkan oleh MFL pada semalam,” katanya.

Nazrulerwan mula membimbing Kelantan United pada 17 September apabila beliau menggantikan pengendali terdahulu, Zahasmi Ismail yang ‘direhatkan’. Kemenangan pada perlawanan terakhir Liga Premier 2020 menewaskan Selangor 2 menyaksikan Kelantan United berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Kelab tersebut bagaimanapun gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila tewas 0-4 kepada Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 7 November lalu. Piala Malaysia kemudiannya terpaksa dibatalkan oleh MFL susulan kes COVID-19 yang semakin bertambah pada ketika ini.

Kredit featured image: Kelantan United Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Mido: Mohamed Salah Telah Lakukan Kesilapan Besar

Toni Kroos: Sepanyol Ajar Kami Cara Bermain Bola Sepak

TMJ, JDT Jadi Sumber Inspirasi Buat Kelab Indonesia Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN