Pemain San Marino Sebak Selepas Seri Buat Kali Kedua Berturut-Turut

San Marino

Buat kali pertama dalam sejarah, pasukan kerdil San Marino berjaya mencatat dua keputusan seri berturut-turut dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada Sabtu.

Pasukan yang berada di kedudukan ke-210 ranking dunia FIFA ketika ini telah mengikat Gibraltar tanpa jaringan di gelanggang sendiri dan sekaligus mengutip mata kedua dalam kumpulan D2 selepas empat perlawanan.

Sebahagian besar pemain skuad kebangsaan San Marino terdiri daripada pemain semi-pro yang bekerja sebagai doktor gigi, akauntan, pegawai bank dan lain-lain.

https://twitter.com/madridreigns/status/1327707250232799235?s=20

Berdasarkan data semasa, hanya tujuh orang pemain sahaja yang menjadi pemain bola sepak profesional namun hanya beraksi di liga-liga bawahan. Lima daripadanya beraksi di Serie C (divisyen 3 Itali) sementara dua lagi di liga divisyen 3 Perancis dan Sepanyol.

Untuk rekod, La Serenissima selama ini menjadi pasukan belasahan terutamanya dalam aksi pusingan kelayakan di Eropah. Mereka telah tewas 147 daripada 150 aksi di peringkat antarabangsa dan telah melepaskan 669 gol secara keseluruhannya.

Namun dalam aksi kumpulan UNL ini, mereka telah berjaya mencatat keputusan seri tanpa dibolosi ketika berdepan Leichtenstein dan Gibraltar yang masing-masing berada di ranking ke-181 dan ke-195 dunia ketika ini.

Beberapa pemain San Marino mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel penamat sekalipun mereka terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas kapten pasukan Davide Simoncini dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Satu-satunya kemenangan yang pernah diraih pasukan tersebut adalah pada April 2004 di mana mereka berjaya menewaskan Leichtenstein dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan persahabatan.

San Marino adalah sebuah negara kecil yang berprinsipkan republik demokratik di Itali yang terletak di Pergunungan Apennine. Negara tersebut ditubuhkan sejak tahun 301 masihi dan dikatakan mempunyai perlembagaan bertulis tertua di dunia.

Kredit Foto: Footy365

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pasukan San Marino:

Andorra vs San Marino: Perlawanan Antara 2 Pasukan Yang Tak Menang Sejak 13 Tahun

Pegawai San Marino: “Thomas Muller Nak Jaringkan Gol Lawan Kami Pun Tak Boleh!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN