Berita mengenai kecederaan lutut Joe Gomez ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan England pastinya membuatkan Jurgen Klopp semakin resah memikirkan bagaimana beliau mahu mengatasi masalah di bahagian pertahanan Liverpool.
Pemain berusia 23 tahun itu akan menjalani imbasan untuk melihat sejauh mana tahap kecederaannya, namun pasukan perubatan skuad England menjangkakan ianya mungkin agak teruk dan Gomez dijangka bakal terlepas sebahagian besar aksi pada musim ini.
The Reds sebelum ini sudah pun kehilangan Virgil van Dijk disebabkan kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) yang memerlukan pembedahan dan tempoh pemulihan yang panjang. Kemudian Fabinho turut diketepikan disebabkan isu kecederaan.
Today: Joe Gomez injured, Nathan Ake injured pic.twitter.com/RwecRzz1jB
— B/R Football (@brfootball) November 11, 2020
Mereka turut menerima berita kecederaan bek kanan, Trent Alexander-Arnold selepas perlawanan berdepan Manchester City tempoh hari.
Mujurlah Joel Matip telah kembali cergas dan pilihan yang ada kini adalah pemain pemain kurang berpengalaman seperti Nathaniel Phillips, Sepp van den Berg dan Rhys Williams, namun menyedari untuk memberikan pemain yang kurang minit perlawanan beraksi dalam perlawanan-perlawanan besar.
Sementara menunggu jendela perpindahan dibuka pada bulan Januari akan datang, pengurus Jerman tersebut mungkin perlu menggunakan perancangan baharu dengan mencari pemain posisi lain yang boleh beraksi di bahagian pertahanan tengah.
Beberapa pemain mungkin borpetensi untuk diubah peranan mereka seperti mana yang pernah dilakukan kepada bekas bintang Liverpool, Javier Mascherano ketika di Barcelona di mana beliau ditukarkan dari pemain tengah ke posisi pertahanan tengah.
Joe Gomez has suffered a potentially serious injury whilst away on England duty.
Liverpool injuries this season:
Alisson
Van Dijk
Matip
Gomez
Alexander-Arnold
Fabinho
Keita
Thiago
Henderson
Oxlade-Chamberlain
Shaqiri
Mane pic.twitter.com/QikJvs0vQX— ESPN FC (@ESPNFC) November 11, 2020
Klopp mempunyai beberapa pilihan seperti Jordan Henderson, Gini Wijnaldum dan James Milner sementara mereka mempunyai pemain lain yang cukup di bahagian tengah seperti Naby Keita, Curtis Jones dan bintang baharu mereka Thiago Alcantara.
Malah Andy Robertson juga boleh beraksi dengan baik di posisi berkenaan dan tempatnya di bek kiri boleh diambil oleh pemain baharu Konstantinos Tsimikas yang jarang diberi peluang beraksi sejak menyertai pasukan tersebut pada awal musim ini.
Kini Klopp mempunyai tempoh seminggu sebelum tempoh rehat antarabangsa berakhir untuk membuat perancangan terbaik bagi mengatasi isu kecederaan pertahanan yang semakin serius.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:
Trent Alexander-Arnold Jadi Pemain Terbaharu Sertai ‘Senarai Kecederaan’ Liverpool
Klopp: EPL Musim Ini Bukan Lagi Perlumbaan Antara Liverpool & City Sahaja
Klopp Puji Aksi Nathaniel Phillips Yang Bertahan Seperti ‘Raksasa’