Skuad Juara Piala Malaysia 1995 Tanya, Mana Ganjaran Kami?

Selangor Juara Piala Malaysia 1995

Selangor telah menjuarai saingan Piala Malaysia 1995 selepas sembilan tahun mereka menanti dan telah dianugerahkan ‘hadiah’ yang tak kunjung tiba hingga kini.

Selangor mengatasi Pahang di pentas final Piala Malaysia 1995 dengan keputusan 1-0 di Stadium Shah Alam dan menoktahkan penantian The Red Giants sejak sekian lama. Itu juga merupakan kali ke-28 mereka menjuarai saingan antara tertua di Asia itu.

Selepas memenangi kejuaraan tersebut, Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat pengumuman untuk menganugerahkan sebidang tanah kepada setiap pemain dan pegawai Selangor yang telah terlibat ketika itu.

Dan menurut mereka, sehingga kini, status ‘hadiah’ tersebut masih menjadi tanda tanya. Menurut wakil dan kapten Selangor pada tahun tersebut, Ismail Ibrahim, mereka semua ketika itu sepakat untuk menyerahkan kepada pengurus pasukan, Datuk Mohd Aini Taib untuk menguruskan hal-hal berkaitan tanah tersebut.

Ismail Ibrahim berkata kepada Berita Harian, “Kami sebagai pemain yang menerima ganjaran terbabit manakala pengurus pasukan iaitu Datuk Mohd Aini Taib adalah individu yang diamanahkan untuk menguruskan anugerah terbabit.”

“Namun kami belum menerima anugerah terbabit sehingga ke hari ini,” jelasnya yang juga hairan apabila mengetahui status terbaharu mengenai tanah itu.

“Selepas banyak kali bertanya dan pada 2016, kami dimaklumkan kerajaan negeri sudah ambil [tanah itu] sebab kami tidak bayar premium,” jelasnya sambil menekankan yang itu adalah tanah kurniaan, sepatutnya tiada bayaran premium.

Tambah Ismail Ibrahim, “Ketika itu, kita sepakat untuk serahkan kepada Datuk Aini bagi menguruskan tanah kita kerana tanah yang diserahkan itu adalah besar dan bukan secara individu, kira kita 40 ekar untuk semua 31 pemain dan pegawai.”

“Ini yang kami musykil kerana kita sudah sepakat mengenai perkara ini. Jadi apabila terjadi begini, kami rasa seperti tertipu dan sebab itulah, kita berusaha mencari pelbagai info sebelum membuat pendedahan ini,” ulasnya lagi mengenainya.

“Kita hanya mahukan penyelesaian untuk perkara ini, Sudah 25 tahun perkara ini dijanjikan dan saya berharap pihak yang berkenaan dapat membantu kita selesaikannya,” katanya lagi sambil mengharapkan akan ada penjelasan lanjut.

KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC

Baca lagi artikel mengenai Selangor dan Piala Malaysia 2020:

Tony Cottee Kenang Nostalgia Tinggalkan West Ham Untuk Sertai Selangor

Azman Adnan, Penyerang Bernilai RM1 Juta Yang Dipancing Selangor

Michael Feichtenbeiner Dakwa Selangor Terpaksa Main Bertahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN