FAM & PFAM Duduk Semeja, Bincang Penyelesaian Isu Bola Sepak Malaysia

FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini mengadakan perbincangan dan mengemaskini isu semasa membabitkan bola sepak.

Presiden FAM yang juga Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata turut dibincangkan ialah isu jadual bola sepak dalam berdepan senario ketidaktentuan akibat COVID-19 dan impaknya ke atas bola sepak secara keseluruhan.

Katanya, antara lain turut dibincangkan ialah isu tunggakan gaji pemain yang semakin menurun dan menegaskan kerjsama PFAM dan FAM dalam memastikan isu ini akan terus diberi perhatian dan tidak lagi membelenggu dunia bola sepak negara.

“Semua pihak, FAM, MFL dan PFAM memainkan peranan besar dalam menyelesaikan isu semasa bola sepak terutama yang membabitkan pemain.

“Lantaran itu, kerjasama penting untuk kita menambah baik gerak kerja kedua-dua organisasi demi memelihara kepentingan pemain serta memperkasakan lagi mutu bola sepak negara.

“Kami juga berbincang dan memberi cadangan untuk mengukuhkan lagi cara serta perfahaman pengurusan penswastaan kelab di mana ia penting untuk pembangunan pemain serta bola sepak secara keseluruhan,” kata Datuk Haji Hamidin.

Perbincangan diadakan bersama Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan. PFAM diwakili Presidennya, Safee Sali; Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail bersama ahli exconya yang juga bekas pemain kebangsaan Razman Roslan, Shahrom Kalam dan S. Subramaniam.

Datuk Haji Hamidin turut menegaskan pemain yang lebih senior perlu membimbing pemain baru dalam menjaga kepentingan pasukan dalam sama-sama menjaga Liga Malaysia.

“Bagi saya, pemain dan pasukan perlukan sokongan antara satu sama lain terutama semua pihak perlu faham dalam keadaan ketidak tentuan COVID-19 kita perlu bijak berbelanja mengikut bajet.”

“Dalam situasi ini pemain khususnya perlu faham terutama dalam membabitkan soal kontrak dan gaji.”

“Secara keseluruhan pasukan dan pemain pastinya ada luahan dan tanggapan masing-masing maka kerja sama dan persefahaman penting demi menyelesaikan sesuatu kes dan kelangsungan industri bola sepak negara,” katanya.

Kredit featured image: FAM

Baca artikel lain dari kami mengenai PFAM:

Safee Sali: Laporkan Kepada PFAM Jika Majikan ‘Sekat’ Gaji Ketika Liga Tertangguh

PFAM: Sikap Prihatin Bukti TMJ Komited Jaga Hak Pemain

PFAM: Keputusan Kerajaan Jadi Tonik Berguna Buat Komuniti Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN