Selangor berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2020 selepas membenam cabaran Melaka United di Stadium Hang Jebat.
Beraksi dalam keadaan hujan dan padang yang basah, jelas sekali menggangu pergerakan permainan.
Namun begitu, ianya tidak menghalang Melaka United yang beraksi sebagai pelawat di laman sendiri untuk mengancam Selangor di awal-awal permainan.
Barisan serangan Melaka United yang diterajui oleh Uche Agba, Sonny Norde dan Romel Morales jelas beberapa kali menggangu pintu gol Selangor di peringkat awal permainan.
Hasilnya, di separuh masa pertama sahaja beberapa kali sepakan penjuru diberikan kepada Melaka United oleh pasukan Selangor.
Ifedayo Olesegun turut menhadirkan ancaman beliau apabila beberapa kali tandukan beliau cuba untuk mendapatkan gol pembukaan.
Walaupun perlawanan menyaksikan beberapa pergerakan ke arah pintu gol dihasilkan, namun hanya pada minit ke-21 sahaja gol berjaya dijelmakan oleh Selangor.
Menerusi satu serangan balas pantas, gerakan tiga orang pemain sudah cukup untuk menghukum Melaka United yang sebelum itu di kawasan Selangor untuk sepakan penjuru.
Sandro Da Silva yang nampak Ifedayo keseorangan dengan mudah melorongkan bola kepadanya untuk pemain itu menjaringkan gol pembukaan.
21' | GOL IFEDAYO! @selangorfc membuka tirai jaringan menerusi jaringan Ifedayo Omosuyi.#TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/XHE1O3H6XS
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 8, 2020
Bersambung di separuh masa kedua, Selangor pantas diasak oleh Melaka United dalam usaha mendapatkan gol penyamaan namun usaha mereka sekali lagi disentak oleh gol Merah Kuning.
Selepas menjadi penjaring, Ifedayo membalas budi Sandro yang membantu beliau mendapatkan gol apabila mengumpan bola kepada mantan pemain Kedah itu.
Sandro kemudiannya melakuan voli yang cukup baik menggunakan kaki kiri untuk melebarkan kedudukan Selangor.
52' | GOL SANDRO!@selangorfc menggandakan kedudukan menerusi jaringan Sandro da Silva. #TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/zv4uOfuw1u
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 8, 2020
Menyedari musim 2020 mereka bakal berakhir, Melaka United berusaha untuk menjatuhkan Selangor dan kelebihan dua gol itu dikurangkan menjadi satu selang empat minit kemudian.
Berpunca dari hantaran lintang sebelah kiri, Agba berjaya menolak mudah bola ke dalam gawang yang dijaga oleh Khairulazhan Khalid.
Tolakan itu tidaklah begitu kuat tetapi cukup untuk mematikan langkah penjaga gol tersebut.
56' | GOL UCHE AGBA!
@MelakaUnitedSA merapatkan jurang menerusi jaringan Uche Agba. #TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/DNEmCeciuP
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 8, 2020
Melaka United turut menggunakan pendekatan yang lebih agresif termasuk memasukan manta pemain Selangor, Safiq Rahim untuk memberikan kreativiti di bahagian serangan di penghujung permainan.
Namun usaha tersebut jelas sekali tidak membawa hasil.
Secara keseluruhannya, Melaka United menunjukkan mentaliti serangan yang tinggi dalam usaha mendapatkan gol tetapi Selangor jelas sekali mengambil peluang yang mereka ada untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Keputusan penuh, Selangor 2-1 Melaka United.
Kesebelasan utama
Selangor: Khairulazhan Khalid (penjaga gol), Taylor Regan (ketua pasukan), Sean Selvaraj, Wan Zack Haikal, Ifedayo Olesegun, Halim Saari, Syahmi Safari, Safuwan Baharuddin, Zikri Hailili, Sandro Da Silva, Brendan Gan
Melaka United: Khairul Fahmi (penjaga gol), Akmal Zahir, Annas Rahmat, Jang Sukwon (ketua pasukan), Uche Agba, Romel Morales, Khairul Anwar, Saiful Ridzuan, Wan Amirul Afiq, Ferris Danial, , Sony Norde
Pegawai perlawanan
Pengadil: Hamdan Awang
Pembantu pengadil 1: Azman Ismail
Pembantu pengadil 2: Shafiq Said
Pengadil ke-4: Zulkarnain Zakaria