UEL 2020/21: Willock Menyerlah Dalam Kemenangan 4-1 Ke Atas Molde

Arsenal hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk layak ke pusingan 32 terakhir UEFA Europa League selepas menang besar 4-1 ke atas juara liga Norway, Molde di Stadium Emirates awal pai tadi (waktu Malaysia).

Buat kali kedua dalam tiga perlawanan kumpulan B, The Gunners perlu bangkit dari ketinggalan selepas pemain tengah Molde dan juruelektrik sambilan, Martin Ellingson menewaskan Bernd Leno dari jarak 25 ela.

Tidak lama selepas itu, Arsenal menyaksikan gol Eddie Nketiah yang sah dibatalkan pengadil atas kesalahan ofsaid. Ulang tayang menunjukkan Joseph Willock yang sebenarnya ofsaid dan tidak menganggu pandangan penjaga gol. Disebabkan Europa League tiada VAR, gol tersebut kekal terbatal.

Intensiti serangan yang dipertingkatkan tuan rumah selepas ketinggalan akhirnya membuahkan hasil pada hujung separuh masa pertama. Gol terhasil apabila pertahanan Kristoffer Haugen tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba memintas hantaran Nketiah kepada Willock.

Pada awal separuh masa kedua, Sead Kolasinac mempunyai peluang keemasan untuk meletakkan The Gunners di depan. Biarpun tidak dicabar oleh sesiapa, beliau gagal untuk menampan bola masuk ke pintu gol dengan kaki kanannya.

Arsenal akhirnya berjaya juga mendapat gol kedua apabila pemain gantian Sheriff Sinyan tertampan hantaran lintang Willock dalam kotak enam ela.

Kemasukan Bukayo Saka dan Mohamed Elneny selepas sejam perlawanan berlangsung nyata mengubah nadi serangan Arsenal. Kedua-duanya terlibat dalam penghasilan gol ketiga dan keempat tuan rumah.

Pada minit ke-69, hantaran lintang rendah Saka berjaya menemui kaki penyudah Nicolas Pepe. Dua minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat, Willock – yang sebelum itu terlepas peluang menjaringkan gol – menjaringkan gol keempat pasukannya selepas menerima hantaran Pepe, hasil kreativiti Elneny.

Gol Pepe dan Willock ini merupakan gol kedua dalam tiga perlawanan mereka di Europa League.

Sementara itu Nketiah, yang pastinya akan sedikit kecewa tidak dapat menjaringkan gol, boleh berpuas hati dengan persembahan baiknya ketika mengetuai jentera serangan Arsenal.

Penyerang skuad England bawah-21 itu menunjukkan kerajinan untuk membuat pressing dan sangat tidak bernasib baik apabila golnya pada separuh masa pertama dibatalkan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Unai Emery Masukkan Willock Kerana Ceballos Panas

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN